Sunday, July 3, 2011

Misteri Mayat Diatas Kubah Masjid Nabawi

Qubbatul Khadhra '(kubah hijau) yang terlihat megah di Masjid Nabawi berfungsi menaungi kubur jasad Rasulullah SAW yang mulia didampingi kedua-dua sahabatnya sekaligus mertuanya iaitu Abu Bakar Siddiq ra, dan Umar bin Khattab ra. Tempat tersebut dahulunya adalah rumah baginda Rasul SAW kerana setiap Rasul yang diutus oleh Allah SWT dikuburkan di mana dia meninggal dunia. Sebagaimana sabda Nabi saw: Tidak dicabut nyawa seorang Nabi melainkan dikebumikan di mana dia meninggal dunia. (HR. Ibnu Majah)


Sejarah bercerita, ketika Nabi sampai di Madinah, pertama sekali dilakukan Nabi Muhammad saw adalah membangun Masjid Nabawi dengan membeli tanah dengan harga 10 dinar kepunyaan dua orang anak yatim Sahl dan Suhail berukuran 3 x 30 m.

Bangunan yang sederhana itu hanya berdindingkan tanah yang kering, bertiangkan pohon kurma dan beratapkan pelepah kurma. Sebelah Timur bangunan Masjid Nabawi dibina rumah Nabi saw, dan sebelah Barat dibina bilik untuk orang-orang miskin dari kaum Muhajirin yang pada akhirnya tempat itu dikenali dengan tempat ahli Suffah (kerana mereka tidur berbantalkan pelana kuda).

Baru pada tahun ke-7 H, Nabi mengadakan perluasan Masjid Nabawi ke arah Timur, Barat, dan Utara sehingga berbentuk bujursangkar 45 x 45 m dengan luas mencapai 2.025 m2 dan program jangka panjang untuk memperluaskan Masjid Nabawi seperti yang kita lihat sekarang ini diisyaratkan oleh Nabi saw dengan sabdanya menjelang wafat: "Selayaknya kita memperluaskan masjid ini".

Hingga pada tahun ke-17 H, Amirul Mukminin Umar bin Khattab khalifah kedua, memperluaskan ke arah Selatan dan Barat masing-masing 5 m dan ke Utara 15 m, dan dilanjutkan oleh Usman bin Affan khalifah ketiga memperluaskan ke arah Selatan, Utara dan Barat masing -masing 5 m pada tahun ke-29 H.

Akhirnya pada masa Khalifah Bani Umayyah Al-Walid bin Abdul Malik pada tahun 88 H, memperluaskan ke semua sisi Masjid Nabawi termasuk ke arah Timur (rumah Nabi) dan bilik-bilik isteri Nabi (hujurat) sehingga makam Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar Siddiq, dan Umar bin Khattab termasuk bahagian dari masjid dan berada di dalam masjid yang sebelumnya berasingan dari masjid.

Inilah yang menjadi pembahasan para ulama dan fuqaha di dalam Fikih Islam, iaitu mendirikan bagunan seperti rumah kubah, madrasah, dan masjid di atas kubur. Kerana Nabi saw bersabda: Allah mengutuk umat Yahudi dan Nasrani yang membuat kuburan para nabi mereka menjadi masjid-masjid (tempat ibadat). (HR. Bukhari Muslim)

Hadis di atas difahami oleh sebahagian ulama terutama di kalangan pengikut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (Th. 1115 H / 1703 M di Masjid Saudi Arabia, dan aliran ini disebut oleh para rivalnya sebagai aliran Wahabiyah, dan di Indonesia dengan aliran Salafi). Secara umum, tidak boleh melakukan aktiviti ibadah di atas kubur, berdoa menghadap kubur, dan membina kubah di atas kubur.

Terakhir ada seorang manusia yang memanjat kubah hijau Masjid Nabawi untuk dihancurkan, lalu disambar petir secara tiba-tiba dan mati. Mayatnya melekat pada kubah hijau tersebut dan tidak boleh diturunkan sampai sekarang. Syekh Zubaidy, ahli sejarah Madinah menceritakan ada seorang soleh di kota Madinah bermimpi, dan terdengar suara yang mengatakan "Tidak ada satu orang pun yang dapat menurunkan mayat tersebut, agar orang yang belakangan hari dapat mengambil, iktibar".

Hingga sekarang mayat tersebut masih ada dan dapat disaksikan secara langsung dengan mata kepala. Bagi yang tidak dapat berkunjung ke sana boleh mengakses internet google "Ada Mayat di atas Kubah Masjid Nabawi".

Pelajaran yang dapat diambil dari kisah ini, terlepas dari kebenarannya, bahawa kembali kepada tauhid yang murni seperti zaman Rasulullah SAW adalah tujuan dari dakwah Islam dan misi para Rasul dan umat Islam mesti menerimanya, jika tidak mahu menjadi orang musyrik. Akan tetapi penyelenggaraan nilai sejarah dan para pelaku sejarah juga penting, kerana Allah berfirman: Sesungguhnya di dalam sejarah mereka terdapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal. (Yusuf: 111).

Akhirnya jika pelaku sejarah tidak boleh dikenang, tidak dimuliakan, tidak dihormati, kuburannya diratakan, bagaimana kita mengambil pelajaran dari sejarah tersebut? Adapun maksud Nabi saw Allah mengutuk Yahudi dan Nasrani menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, adalah menyembah kubur. Semoga kita dapat pelajaran. Wallahua'lam


1 Responses to “Misteri Mayat Diatas Kubah Masjid Nabawi”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam