Tuesday, July 12, 2011

4 sebab hari Jumaat begitu penting bagi seorang Muslim


Hari Jumaat mempunyai kedudukan tersendiri di dalam Islam, baik dari sisi keutamaan, sejarahnya dan juga disyariatkan amal-amalan sunnah yang berlipat ganda pahalanya. Kerananya, sangat wajar jika kita menyambutnya sepenuh hati dan suka cita, bahkan Rasulullah SAW juga menyebutnya sebagai hari raya. Jumaat memang hari raya pekanan, yang kadang sering tidak dilupakan. Anda boleh mengkaji lebih jauh seputar fenomena hari raya Jumaat dalam postingan saya terdahulu: Jumaat Hari Raya pekanan Kita.







Agar kita bertambah semangat dalam menyambut hari Jumaat, dan mengisinya dengan sekian amal unggulan, maka perlu kita sedikit melihat apa sesungguhnya keistimewaan hari Jumaat. Ini alasan kita bergembira di hari Jumaat, sesuai dengan pengabaran hadis dan riwayat sahih antaranya seperti berikut:


Pertama: Kerana Hari Jumaat sebagai hari terbaik dan bersejarah
Dari Abi Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: Hari terbaik terbitnya matahari adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu pula dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu tersebut dia dikeluarkan dari syurga "(HR. Muslim)


Sebagai hari terbaik, maka layaklah kiranya kita menyambut dengan segenap kebaikan dalam semangat dan niat beribadah. Harus ada yang berbeza pada hari Jumaat, sebagaimana sejarah dan syariat kita telah mencontohkannya.


Kedua: Kerana inilah hari raya kita
Di antara keutamaan hari Jumaat adalah Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai hari raya pekanan bagi kaum muslimin. Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya hari ini adalah hari raya, Allah menjadikannya istimewa bagi kaum muslimin, maka sesiapa yang akan mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah dia mandi ". (Ibnu Majah)

Setiap hari raya memunculkan keceriaan dan kebahagiaan, maka mari jadikan hari Jumaat ini sebagai berkongsi kebahagiaan, baik kepada orang lain dan keluarga. Pastikan sedekah ditunaikan, dan pastikan menu hari penuh kenangan.


Ketiga: Kerana pada hari Jumaat doa kita lebih Mustajabah
Kita berbahagia kerana inilah hari terbuka peluang doa kita. Mari mengisinya dengan bermunajat kebaikan sambil melantunkan doa-doa penuh harapan, khususnya pada waktu-waktu yang mustajab sebagaimana diisyaratkan Rasulullah SAW. Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab sahihnya dari Abi Hurairah radhhiyallahu a'nhu bahawa Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu saat tidaklah seorang muslim mendapatkannya dan dia dalam keadaan berdiri solat dia meminta kepada Allah suatu kebaikan kecuali Allah memberikannya, dan dia menunjukkan dengan tangannya bahawa saat tersebut sangat sedikit. (HR. Muslim no: 852 dan Al-Bukhari no: 5294)


Keempat: Kerana dosa-dosa kecil kita diampuni pada hari Jumaat
Siapa yang tidak punya dosa dalam menjalani hari-harinya? Sungguh kita bukanlah malaikat yang bebas dari segala dosa. Setiap hari ada saja maksiat yang tanpa sengaja maupun sengaja kita jalani. Maka setiap Jumaat tiba, berharaplah ini menjadi momentum penggugur dosa.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: solat lima waktu, dari Jumaat ke Jumaat, dan Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa antara satu dan lain-lain selama dijauhi dosa-dosa besar. (HR Muslim dan lain-lain)

0 Responses to “4 sebab hari Jumaat begitu penting bagi seorang Muslim”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam