Thursday, July 14, 2011

Alhamdulillah, Aku Dikurniai Isteri Secantik Dirimu

Subhanallah, Sungguh seorang wanita adalah cantik.



Kecantikan seorang isteri mengisikan kekosongan keteduhan dalam jiwa dan hati suami. Dia adalah peneduh yang tiada dapat terbeli dengan hitungan rupiah, kecuali hanya dengan kemuliaan sebuah mahar.

Kecantikan seorang isteri bukan hanya terletak di atas sebuah kulit ari. Lebih dalam lagi, makhluk yang berada di sekitarnya pun dapat merasakan kelembutan anugerah Allah yang ada dalam calon bidadari syurga itu.Dia terpancar dalam Keikhlasan pengabdian, keteduhan jiwa, kelembutan hati, tunduknya mata, halusnya ucapan, serta keindahan perilaku.

Kecantikan seorang isteri terletak dalam imannya. Dia sedar dan mengerti untuk apa dia hidup, dan dia faham mengapa dan kepada siapa dia harus mengabdi.




Kecantikan seorang isteri terletak pada lidahnya, iaitu ketika dia dapat meredam galau, amarah dan kesedihan si suami dengan kata-kata indah yang menyejukkan hati. Keperluan batin akan ketenangan sang suami dalam hebatnya deraan cubaan hidup telah dipenuhi. Dan semua terasa istimewa ketika hal itu justru didapatkannya dari separuh jiwanya yang sangat mengerti, bahkan mungkin dari pada dirinya sendiri. Kecerdasan belahan hatinya tersebut dalam menetapkan kata dan kepintarannya dalam membaca situasi hati sang suami agar selalu tenang, menjadikannya "hadiah" yang tak ternilai.

Kecantikan seorang isteri adalah dari penerimaannnya. KeridhaanNya terhadap apa yang digariskan Allah sang maha pengatur dalam menerima suami apa adanya, serta bagaimana dia merawat dan telaten dalam menyiasat kekurangan sang suami agar disimpan rapi hanya sebagai aibnya saja, menjadikannya penasihat kepercayaan sang nahkoda rumah tangga.

Kecantikan seorang isteri terletak pada tangannya. Dengan tuntutan hati yang hanya kerana Allah, dia menjadikan tangannya bukan hanya sebagai pemegang kuasa dan ratu dirumah, namun dia juga boleh merengkuh semua yang ada di dalamnya, dalam kedamaian yang tak dapat terukur dan terbeli dengan apapun.

Kecantikan seorang isteri terletak di matanya. Kelembutan pandangan saat berada di antara keluarga dan atau ketika dia berhadapan dengan sesama makhluk menjadikan dia peneduh dan perwujudan kasih sayang Allah yang maha rahman.

Kecantikan seorang isteri terletak pada seberapa besar dia dapat menjaga rasa malunya. Dia tahu caranya menutup aib yang memang sudah tertutup rapi disimpan oleh Allah. Dia paham caranya agar tidak merosakkan kecantikannya sendiri dengan kata-kata kasar dan rendahan. Dihindarinya membuat mati rasanya sang suami dengan semua kerewelan dan tuntutan yang tidak wajar. Disimpannya dengan rapi kurnia bakat genit, kemolekan tubuh dan kemanjaan sikap dan dipersembahkan kepada yang paling berhak iaitu suami.

Kecantikan wanita terletak dalam kebijaksanaannya. Seorang isteri memang mempunyai kudrat sangat brlebihan dalam mencintai dan membenci, yang lantas kadang tidak mengenal pertengahannya, namun dia masih boleh bersikap dengan santun dalam logik. Dunia semakin damai saat dia tidak mengumbar air mata dengan dalih kudrat wanita. Tapi laporan kepenatan hanya teruntuk kepada sang maha menyelesaikan.

Kecantikan seorang isteri terletak dalam kesabarannya. Dia mendidik diri agar tidak menjadi sebagai sebuah cubaan bagi keluarga, khususnya si suami. Kesabarannya menuntunnya untuk tidak mengumbar amarah dan kerapuhan perasaan disembarang telinga. Kesabarannya juga wujud dalam kesehariannya, yang menjadikan hari-hari adalah berkat untuk sang suami. Mengalahnya adalah untuk ketenangan, dan kemenangannya adalah untuk kebahagiaan, bukan hanya untuk diri dan sesama, tetapi juga untuk semua makhluk yang ada di sekitarnya. Menjadi pelayan bagi sang suami adalah sebuah keredhaan, dan isteri yang "cantik" sangat menyedari bahawa dirinya akan terlayani oleh kebaikan Dari Allah sebagai upahnya.

Kecantikan seorang wanita terletak pada kejujurannya. Ketepatan kata-kata dengan kenyataan tanpa harus menyuguhkan konflik baru menjadikannya cantik dengan jujur, sangat alami dan apa adanya.

Subhanallah betapa wanita itu indah. Dan kecantikan abadi sang isteri itu adalah tentang jiwanya. Keikhlasannnya mengabdi kepada suami hanya kerana Allah yang tercermin dalam fizikal, tutur kata, sikap, dan perilaku. Bahkan Allah pun tersenyum melihat seorang hambanya yang sedemikian cantik sehingga dia pantas dikategorikan sebagai bidadari syurga kelak. Kecantikannya menuntun sang suami dengan sedar dan sepenuh hati berkata "alhamdulillah, aku bersyukur mempunyai isteri secantik dirimu"

(Syahidah)





0 Responses to “Alhamdulillah, Aku Dikurniai Isteri Secantik Dirimu”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam