Saturday, July 16, 2011

Sabun dan kosmetik boleh menyebabkan kegemukkan

Sabun dan Kosmetik Bisa Bikin Gemuk

Bukti-bukti baru menunjukkan, obesiti atau kegemukan boleh terjadi bukan semata kerana faktor makanan, tetapi juga daripada produk harian yang biasa anda pakai seperti syampu, sabun dan kosmetik.

Para doktor di Mount Sinai Medical Center, New York, mendakwa puncanya adalah phthalates, bahan kimia yang terdapat di 70% produk kosmetik dan sabun pembersih. Zat itu disinyalir menggangu hormon pengawal berat badan alami.


Terpapar phthalates dalam jumlah tinggi sehari-hari boleh mengakibatkan obesiti pada anak-anak.

Tim dari Mount Sinai melakukan kajian yang panjang atas anak-anak perempuan yang tinggal di kawasan East Harlem, New York. Mereka meneliti kadar phthalates dalam air seni anak-anak itu.

"Anak yang paling berat tubuhnya mempunyai kadar phthalates yang paling tinggi dalam urinnya," kata profesor Philip Landrigan.

"Semakin tinggi kadarnya, semakin berat tubuhnya. Tapi hal itu yang paling terlihat jelas pada kanak-kanak yang tubuhnya paling berat," jelasnya.

Phthalates digunakan secara meluas sebagai pembentuk gel dalam aneka produk kosmetik, sabun pembersih dan botol plastik, selama lebih dari setengah abad. Namun, baru kali ini bahan kimia itu disyaki sebagai penyebab gangguan kesihatan.

Zat kimia lain Bisphenol-A (BPA), juga terdapat dalam botol dan bungkusan. Zat itu juga mengandungi banyak "kalori kimia".

Disebut sebagai penggangu endokrin, zat-zat kimia itu masuk ke dalam tubuh dan menganggu kelenjar dan hormon yang mengatur banyak fungsi badan.

Tidak hanya perempuan yang berisiko terjejas kesihatannya oleh phthalates. Pada tahun 2007, penyelidik di University of Rochester School of Medicine mencari, bahan kimia dalam kelas yang sama menjadi penyebab perut gendut dan pertahanan insulin yang boleh menyebabkan diabetes di kalangan lelaki.

Ilmuwan Rochester menganalisa contoh urin, darah dan data lain milik 1.451 lelaki. Hasilnya mereka mendapati, lelaki yang air kencing yang banyak mengandungi phthalates mempunyai lemak yang paling banyak ditubuhnya dan bertahan terhadap insulin.

Menurut mereka, kadar testosteron yang sedikit akibat zat-zat kimia merupakan penyebab terbesar dari kegemukan itu.



0 Responses to “Sabun dan kosmetik boleh menyebabkan kegemukkan”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam