Wednesday, September 21, 2011

Muslim Switzerland Menentang Wacana Perubahan Bendera Switzerland "Tanpa Lambang Salib"

Muslim Swiss Menentang Wacana Perubahan Bendera Swiss "Tanpa Lambang Salib"

Naib Presiden Secondos Plus-persatuan pendatang di Switzerland - Ivica Petrusic yang mencadangkan agar lambang salib di bendera Switzerland dihapuskan, sehingga bendera Switzerland "lebih neutral" dan mencerminkan masyarakat Switzerland yang multikultur.

"Lambang salib di bendera Switzerland tidak sesuai lagi dengan keadaan kehidupan masyarakat Switzerland sekarang yang multikultur," kata Petrusic.

Ia menyarankan agar bendera Switzerland diganti saja dengan menggunakan warga hijau, merah dan kuning seperti yang pernah digunakan Republik Helvetic - yang pernah membawahi wilayah Switzerland - pada tahun 1799-1803.

Petrusic menyatakan bahawa dia adalah seorang Kristian, tapi ia beranggapan simbol Kristian tidak perlu digunakan di negara Switzerland yang kebanyakan penduduknya tidak beragama alias ateis, sementara hanya sebahagian kecil masyarakat Switzerland yang menganut agama tertentu.

Lambang salib di bendera Switzerland, kata Petrusic, tidak mewakili kepelbagaian agama dan budaya yang ada di Switzerland pada masa sekarang.

Namun, cadangan Petrusic untuk menghapuskan lambang salib di bendera Switzerland, justeru ditentang oleh Ketua Persekutuan Organisasi Islam di Switzerland, Hisham Maizar. Beliau berkata, cadangan Petrusic untuk menukar bendera Switzerland dengan bendera yang "neutral" dari sisi keagamaan, tidak produktif.

"Kami (komuniti Muslim) tidak menuntut untuk menukar tradisi kuno negara-negara lain," tegas Maizar.

eramuslim.com

0 Responses to “Muslim Switzerland Menentang Wacana Perubahan Bendera Switzerland "Tanpa Lambang Salib"”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam