Monday, October 24, 2011

Kita lahir di dunia ini mempunyai 3 misi

Kita lahir di dunia ini mempunyai 3 misi.

Pertama, sebagai hamba Allah. Oleh kerana itu, jadikanlah semua aktiviti kita sebagai sarana ibadah kepada Allah SWT. Kegelisahan timbul kerana kita kurang ilmu, kerana terlalu cinta dunia, juga kerana sangat enggan beribadah. Padahal, Allah mencipta ritme hidup kita untuk ibadah. Kerjaya kehidupan kita pun boleh optimum bila kita menyempurnakan ibadah.

Kedua, sebagai khalifah. Berkiprahlah di dunia ini dengan karya terbaik. Sebagai khalifah, selain mensejahterakan diri, kita juga harus mensejahterakan orang lain. Kemudian interksi kita di dunia ini selain mensejahterakan secara lahir, juga harus boleh menjadi cahaya secara batin. Ertinya, kita harus mengeksploitasi lahir batin agar boleh melakukan dan mempersembahkan karya terbaik.

Ketiga, sebagai pendakwah. Selain niat beribadah dengan ikhlas, kita juga harus menjadi orang yang boleh menjadi contoh kebaikan, pembawa misi kemuliaan.

Ingat, sebaik-baik manusia adalah manusia yang paling banyak manfaatnya bagi yang lain. Oleh kerana itu, kalau kita ingin mengetahui peringkat keberuntungan kita, lihatlah sejauh mana kita berjuang sekuat tenaga dalam hidup ini mengeksploitasi tenaga, fikiran, dan masa kita untuk memberikan manfaat bagi orang lain. Kalau ini menjadi tata nilai kita, hidup kita akan nikmat.

Rezeki kita yang sesungguhnya adalah yang kita tabung dan kita nafkahkan di jalan Allah, Carilah rezeki setiap hari dengan niat agar makin banyak orang yang lapar boleh makan dengan keringat kita. Makin banyak orang yang tidak berpakaian boleh hangat dengan jerih payah kita. Makin banyak orang yang tidak berilmu boleh belajar dengan titisan peluh kita. Bila semua itu dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata, Insya Allah akan menjadi amal. Inilah misi hidup kita.

Kemudian, tingkatkan profesionalisme kita, hingga kita tidak hanya memberikan manfaat dengan membekalkan harta, tapi juga boleh membekalkan ilmu, wawasan, dan pengalaman bagi orang lain dengan kemuliaan.

Andai hidup kita yang sekali-kali di dunia ini bagai cahaya matahari yang memancar, menerangi orang-orang yang berada dalam kegelapan, menumbuhkan bibit-bibit kemuliaan, dan menyegarkan yang layu oleh terjangan kehidupan, maka kita akan menjadi orang yang terus hidup kebaikannya. Inilah kejayaan yang hakiki.

Orang yang berjaya itu bukan orang yang dipuji oleh manusia kerana harta kekayaan, gelaran, pangkat atau jawatannya. Itu kecil, itu hanyalah topeng dan aksesoris duniawi belaka.

Aksesoris duniawi apapun yang kita miliki, itu hanyalah sekadar tempelan mudah kerana aset termahal kita adalah kematangan peribadi kita. Bersara tidak akan menjadi masalah bila diri kita jauh lebih berkualiti daripada pangkat kita. Berbeza dengan orang yang hanya sibuk bersembunyi di balik topeng, maka bersara, dimutasi, atau bertambah tua boleh menimbulkan kegelisahan tiada tara kerana memang itulah tempat persembunyiannya. Bersara atau diambil pangkat dan jawatan justeru akan memperjelaskan isi diri kita sesungguhnya.

Kemuliaan hakiki bagi kita adalah sejauh mana hidup kita mempunyai makna dan nilai yang dahsyat bagi peradaban dan kesejahteraan umat manusia, yang didasari kerana Allah semata-mata. Kerana itu, latihlah diri kita bagaimana agar hidup yang sekali-kali ini mempunyai nilai manfaat yang sebesar-besarnya.

Percayalah saudara-saudaraku sekalian, kita tidak akan selamat dan berbahagia dengan apa yang kita kumpulkan, tapi kita akan jauh lebih berbahagia apabila kita boleh membelanjakan apa yang Allah titipkan pada kita. Jaminan Allah tidak datang kepada orang yang bakhil, tapi datang kepada ahli sedekah baik lahir mahupun batin.

Semoga Allah mengurniakan kepada kita kearifan demi kearifan agar kekayaan termahal dalam hidup kita, yakni perubahan diri kita, menjadi semakin matang, dewasa, penuh manfaat, tidak cinta dunia, cemerlang dengan keikhlasan, meninggi dengan kerendahan hati, dan semakin mempesona dengan kemuliaan akhlak.

Marilah kita menjadi peribadi yang baru yang mempunyai orientasi sebagai ahli ibadah, sebagai khalifah yang berkarya dan sebagai contoh kebaikan. Kita tinggalkan dunia ini selepas mempersembahkan karya terbaik kita. Kita sambut saat kematian kita esok lusa dengan karya terbaik kita yang bermakna bagi dunia dan berarti bagi akhirat nanti.

Diambil dari Bab terakhir buku Zikrul Maut karya Abdullah Gymnastiar, MQS Publishing
pusatmotivasi.com

0 Responses to “Kita lahir di dunia ini mempunyai 3 misi”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam