Friday, December 30, 2011

Teknologi touch screen mengundang bahaya

Teknologi touch screen atau skrin sentuh yang sangat popular itu ternyata mengundang bahaya bagi para pemandu. Peranti tersebut dinilai boleh mengalihkan perhatian pemandu dan meningkatkan risiko kemalangan.

Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh saintis Australia, alat tersebut menjadi salah satu penyebab kemalangan. Sebab konsentrasi pemandu terganggu kerana fokus untuk mencari item tertentu seperti radio, DVD, bahkan jika ada teknologi GPS-nya.

"Mereka (para pemandu) sering menaip di alat tersebut dengan struktur yang cukup kompleks. Sehingga pemandu perlu menghabiskan banyak masa untuk mencari item tertentu," kata Pusat Penyelidikan Kemalangan Universiti Monash Australia, Kristie Young.

Dilaporkan ABC dan dikutip dari financialexpress mengatakan ketika mata pemandu tidak memperhatikan jalan maka mereka kehilangan visual jalan, selepas itu mereka harus segera memperbetulkan stering untuk tetap berada di laluan yang tepat.

Ketika mata pemandu tidak lihat ke jalan, mereka akan kehilangan isyarat visual dari persekitaran jalan dan untuk itu harus mengawal stering mereka agar tetap berada di laluan yang betul dan juga untuk menjaga jarak yang selamat dari kenderaan depan, "jelas Young.


Penemuan lain mendedahkan peranti touch screen kereta yang tidak direka untuk digunakan untuk pemandu maka sangat besar akibatnya. "Salah satu masalah besar dengan peranti mudah alih yang dibawa ke dalam kereta adalah bahawa mereka tidak dirancang terutama untuk digunakan oleh pemandu," kata Young.

Ketika tinjauan dilakukan kepada pemandu yang kerap menggunakan touch screen, hanya beberapa pemandu yang boleh menjaga jarak yang selamat dari kenderaan lain dan hanya sedikit untuk boleh berada di jalur mereka.  - Disusun dari detikokto

0 Responses to “Teknologi touch screen mengundang bahaya”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam