Wednesday, November 30, 2011

Tukang masak bukan Islam

Assalamualaikum.

TIDAK ada larangan kepada orang Islam memakan makanan yang dimasak oleh orang kafir, munafik dsb, selama-mana ia tidak melibatkan makanan yang HARAM di makan (seperti khinzir (babi)) atau minuman yang diharamkan (seperti arak, wine, dsb), dan juga binatang yang disembelih bukan dari kalangan orang Islam atau Ahli Kitab.

Begitu jugalah menggunakan pinggan, gelas dsb, yang di basuh oleh orang-orang kafir, melainkan mereka menggunakan bahan-bahan pencuci yang mengandungi benda yang haram.

Jika alasan mereka berasaskan bahawa apa-apa sahaja sentuhan orang kafir itu NAJIS, maka mereka telah tersilap di dalam memahami nas al-Quran. Kenajisan orang kafir hanyalah pada aqidahnya, bukanlah tubuhnya itu najis secara fizikal. Berikut kami petik jawapan yang lalu mengenai isu ini :-

Orang Kafir Najis

Firman Allah S.W.T.

“Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang Musyrikun itu adalah najis…..” [Surah al-Taubah : 28]

Kenajisan kaum Musyrikin bukanlah najis hissiyah, dan apa yang dijelaskan di dalam al-Quran didalam ayat di atas bermaksud ketidaksucian kaum musyrikin terhadap AQIDAH mereka yang mensyirikkan Allah swt.

Berkata Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi :-

“Kenajisan orang musyrikin adalah Najis Ma’nawiyah, melainkan ada segelintir fuqaha’, seperti Zaidiyyah dan Zahiriyyah mengatakan orang musyrikin dan kufar adalah najis hissiyah”.

Al-Qaradhawi memetik kata Imam Shaukani rh bahawa apa yang dimaksudkan adalah najis tersebut bukanlah najis hissiyah, bahkan ia adalah najis hukum. Ini bermaksud bahawa aqidah orang-orang kafir ini yang najis, dan bukanlah fizikal badan mereka.

Malah kata al-Qaradhawi di dalam riwayat Sahih bahawa Nabi saw dan para sahabat pernah minum dan mengambil wudhu’ dari bijana orang Musyrikin. Baginda juga makan makanan hidangan orang kafir.

Dr Khaled Muhammad Abdul Kadir, pensyarah Universiti Lebanon menyatakan bahawa adalah dibenarkan lelaki Islam beristerikan ahli kitab, mereka boleh bersentuhan, baik ke atas alat-alat perabot ataupun pakaian mereka. Suami juga boleh makan makanan yang disediakan oleh isteri ahli kitab dan boleh menggunakan pinggan, mangkuk dan gelas yang sama. Jelas INI menunjukkan kenajisan mereka bukanlah fizikal badan mereka.

Kesimpulannya, jumhur ulama’ mengatakan maksud orang kafir itu najis adalah kepada aqidah mereka yang tidak suci, dan bukanlah fizikal badannya sehinggakan batal wudhu’ jika menyentuh mereka.

Kesimpulannya, anda boleh makan makanan yang dimasak oleh orang kafir selagimana kandungan makanan tersebut halal dimakan. Sentuhan orang kafir BUKAN najis. Yang berbeza dengan kita hanyalah aqidah mereka sahaja.

Wassalam

ohislam.com

Monday, November 28, 2011

Antara fakta saintis barat dan fakta Al-Quran

Fakta Saintis Barat

1. Jarak diantara Nabi Adam dan kita cuma diantara 10000-20000 tahun dan fossil manusia perempuan tertua dijumpai berusia 4.4 juta di Ethiopia.
2. Manusia dahulu hidup bercawat, tidak tahu memasak, bertani dan tinggal didalam gua (tidak bertamaddun).
3. Manusia dahulu tidak mempunyai bahasa dan berpakaian tidak sempurna.
4. Manusia berevolusi melalui pelbagai zamanà ais/batu

Fakta Al-Quran-1

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar”. Malaikat itu menjawab: “Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

(Al-Baqarah- Ayat 30-34)

BERDASAR AYAT DIATAS BODOHKAH MANUSIA PERTAMA YG BERNAMA ADAM ITU. KEPANDAIAN BELIAU TENTANG BUMI MELEBIHI MALAIKAT DIATAS KUNIAAN ILMU ALLAH.

Fakta Al-Quran-Kisah Habil dan Qabil.

Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama “Iqlima”, kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama “Lubuda”. Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhak menentukan pilihan jodohnya.

Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.

BERDASAR KISAH DIATAS MASIH BODOHKAH MANUSIA GENERASI KEDUA SEHINGGA MEREKA MAMPU MENTERNAK HAIWAN DAN TERLIBAT DIDALAM BIDANG PERTANIAN GANDUM? BUKANKAH ITU HASIL DIDIKKAN ILMU DARI MANUSIA PERTAMA YAKNI NABI ADAM A.S YG JUGA MENDAPAT ILMU DARI ALLAH S.W.T JUGA.

Fakta Hadith Hadis al-Bukhari yang berbunyi : Abu Dzar telah meriwayatkan: saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab: “Masjid al-Haram”, saya bertanya lagi: “kemudiannya…?”, balas Rasulullah SAW: “Masjid al-Aqsa”. Saya bertanya lagi: “Berapakah jarak di antara keduanya (tempoh dibina kedua-duanya), balas Rasulullah SAW: “empat puluh tahun, di mana sahaja
kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan (untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut)”.Nabi Adam a.s adalah manusia pertama membina Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa didalam selang waktu 40tahun.

MASIH BODOHKAH MANUSIA PERTAMA ITU WALAUPUN DIDALAM ILMU PEMBINAAN.

Fakta Sejarah Islam Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk mencipta alat-alat yang dapat mempermudahkan pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematik, ilmu astronomi.

SEDARKAH PEN, TULISAN, HURUF, ANGKA, DAN ILMU CAKRAWALA ITU ADALAH HASIL TAMADDUN MANUSIA DAHULU LAGI YG KAMU KATAKAN BERCAWAT ITU. MASIH BODOHKAH MANUSIA TERDAHULU ITU?

Sekarang terserah kepada anda sendiri. Fakta mana mahu dijadikan pegangan aqidah/iman. Jika kamu jadikan Saintis Barat kiblat kamu kerana kemampuan mereka menonjolkan teknologi untuk meyakinkan kamu terserahlah. Tapi bagiku, mukjizat AlQuran itu lebih hebat drpd segalanya. Hati hati dengan program National Geography yang terkadang menyesatkan.

ohislam/tranungkite

Azan telah membuatkanya sembuh

Dering suara Hand Phone (HP) di malam nan sunyi membangunkan tidur Ustaz Abdurahman yang sedang berehat di rumahnya. Saat itu jam menunjukkan pukul 10 malam. Dilayar HP beliau Muncul nombor yang tidak dikenali.

Beliau sebenarnya tidak mahu mengangkatnya, namun kerana beliau ingin tahu akhirnya beliau mengangkatnya dan mula menyapa, "Assalamu'alaikum, siapa ini?".

Kemudian pemanggil itu menjawab "Wa'alaikumussalam, Ini Ahmad, ustaz, maaf saya mengganggu ustaz malam ini. Ustaz, saya mohon datanglah ke sini, saudara saya sedang kritikal, dia baru saja kemalangan dan doktornya mengatakan kalau dia sudah tidak boleh berbuat banyak, tolonglah kami ustaz! ".

Ustad Abdurrahman baru paham kalau yang menelefon barusan adalah salah seorang pengurus masjid besar Bully, New South Welsh Australia.

Ustad Abdul Rahman mengenal Ahmad kerana di daerahnya, pengurus masjid berdaftar dengan rapi dan mendapat pengiktirafan daripada kerajaan. Mereka sering bertemu apabila ada acara Fun Raising, Ied Festival, bahkan acara-acara yang diadakan oleh kerajaan Australia.

Sejenak Ustad Abdul Rahman bangun dari tempat tidurnya. Kemudian beliau bergegas berangkat setelah mendapatkan nombor bilik di sebuah Rumah Sakit dari si pemanggil.

"Assalamualaikum," sapanya ketika memasuki bilik di mana Abdullah terbaring tak berdaya. Perban serta bau ubat termasuk disekujur tubuhnya. "Wa'alaikumussalam, Alhamdulillah, Ustad, terimakasih atas kedatangannya, saya mohon ucapkanlah sesuatu untuk Abdullah, doktor sudah tidak mampu berbuat banyak dan mengatakan jika dia akan meninggal ..., tolong katakan sesuatu pada Abdullah." Pinta kakaknya dengan menangis.

Beliau memandang sekitar bilik itu telah ada beberapa keluarga yang juga menangis. "Baik, saya akan cuba bercakap-cakap dengannya, tolong jangan menangis di sini kerana hanya akan membuatnya tidak boleh berkata apa-apa (sedih)," kata Ustaz Abdul Rahman. Kemudian beliau mendekati ke tubuh Abdullah yang penuh dengan luka.

Dilihatnya sebuah sosok yang masih hidup, tetapi tidak bergerak sedikit pun, bahkan menggerakkan bibir dan memancarkan mata saja ia tak mampu. Kemudian Ustad Abdul Rahman duduk tepat di sebelah kanan kepala Abdullah, sehingga membolehkan beliau untuk bercakap ditelinga Abdullah dengan jarak yang paling dekat.

Sejenak Beliau berdoa dan kemudian menggenggam lemah tangan Abdullah. "Assalamu'alaikum saudara saya, saya Ustad Abdurrahman dari Wollongong. Saudaraku, saya datang ke sini untuk menemui, saya tahu kamu adalah muslim yang baik, anda telah menolong Allah untuk mengumandangkan azan setiap hari di masjid.

Kamu mengingatkan orang-orang untuk solat di masjid, saya yakin bahawa Allah dan semua orang menyayangi kamu, Allah akan menolong kamu, Dia akan memberi kesihatan dan kebahagiaan.

Saudaraku, kami masih ingin mendengar engkau mengumandangkan azan di masjid, bolehkah engkau melakukannya, Allah akan menyukainya, Tolong engkau kumandangkan azan untuk kami ........

Sejenak kelihatan airmata keluar dari kedua-dua matanya dan menitis melewati pipi Abdullah. Tak berapa lama kelopak matanya bergerak-gerak perlahan, kemudian matanya membuka sedikit demi sedikit. Bibirnyapun kemudian bergerak-gerak perlahan, seolah ia berusaha untuk mengumandangkan azan.

Ustad Abdul Rahman memandang wajah Abdullah dengan tersenyum, "Alhamdulillah" teruskan saudaraku, kumandangkan azan untuk kami .....

Dan ... Subhanallah, secara tidak diduga monitor alat pengesan jantung yang dipasangkan di tubuh Abdullah menunjukkan kerja jantung yang beransur-ansur normal, itu menunjukkan jika Abdullah telah melewati masa kritisnya.

Ahmad yang mengetahui hal itu kemudian melakukan sujud syukur di dalam bilik itu, kemudian diikuti saudaranya yang lain. Ahmad memeluk Ustad Abdul Rahman dan berkali-kali mengucapkan terima kasih.

Tak berapa lama Doktor muncul kembali dan memeriksa kesihatan Abdullah. Seraya bertanya, "Apa yang terjadi? Apa yang kamu telah berikan kepadanya? "Dia bertanya kepada Ahmad yang berada di sisinya. "Azan" Jawab Ahmad dengan tersenyum.

"Azan? Apakah azan yang telah menyembuhkannya? Tanya sang doktor kepada Ustad Abdul Rahman yang juga masih berada di situ? "Ya, Allah menyembuhkannya dengan Azan," jawab Ustad Abdul Rahman dengan tersenyum pula.

Sang doktor yang bukan muslim tersebut semakin hairan, kemudian ia mengangguk-angguk, ikut tersenyum dan berkata kepada Ustad Abdul Rahman. "Suatu hari saya ingin bertanya kepadamu tentang ADZAN, tolong beri aku nombor yang boleh dihubungi," katanya. "Dengan senang hati doktor," jawab Ustad Abdul Rahman penuh keyakinan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam