Sunday, January 1, 2012

5 Sebab Kenapa Harga Emas Terus naik

1. EKONOMI
Negara ekonomi terbesar dunia iaitu Amerika Syarikat telah terjerumus dalam defisit ekonomi terbesar dalam sejarah yang bernilai trilion dollar. Liabiliti ini terus menerus semakin membesar dan tidak ditangani secara baik. Negara-negara Eropah lain juga hanya menunggu masa dengan jumlah hutang luar negara yang kian bertambah.


Untuk mengurangkan kos, industri pembuatan dari Amerika telah melabur ke luar negara terutamnya di Asia Tenggara di mana kosnya masih rendah. Sejak krisis ekonomi 2008, pihak Amerika perlu menyelamatkan industri luar negaranya yang bernilai 1 trilion dollar yang berisiko tinggi untuk menemui kegagalan.

2. KETAKUTAN
Ketakutan ini wujud bila setiap orang akan merasai akan kehilangan kekayaan dengan perasaan tamak meguasai diri. Krisis ekonomi yang bermula di Greece dan Iceland dibimbangi akan merebak ke seluruh dunia menyebabkan pelabur beralih kepada emas berbanding wang kertas. Walaupun pada tahun 2009 krisis menampakkan akan berakhir tetapi beberapa penganalisis kurang yakin dengan keadaan tersebut. Faktor peperangan di Timur Tengah dan Asia yang berlarutan juga memerlukan perbelanjaan yang sangat besar oleh Amerika Syarikat.

3. PERMINTAAN
Bila keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ramai orang memilih emas sebagai penyimpan nilai yang selamat. Keadaan ini menyebabkan permintaan terus meningkat melebihi pengeluaran. Dengan permintaan ini bank-bank utama negara besar seperti India, China dan Rusia turut menambah stok emas masing-masing bagi melindungi nilai negara mereka. Kerajaan China menggalakkan rakyatnya menyimpan 30% kekayaan dalam bentuk emas sebagai pelindung nilai.

4. MENGAWAL INFLASI
Umum mengentahui bahawa emas adalah kalis inflasi. Pencetakan wang kertas yang tidak bersandarkan kepada nilai emas adalah punca kepada inflasi. Bank-bank besar di Eropah seperti di England, Switzerland dan bank dunia turut menambah stock emas mereka. Walaupun keadaan inflasi tidak jelas tetapi banyak negara dunia belajar dari krisis ekonomi yang melanda Zimbabwe pada tahun 2008. Keadaan ini menyebabkan hampir semua pemilik lombong dunia kehabisan stok syiling emas mereka.

5. FAKTOR DOLLAR
Hampir semua negara membangun dunia bersandar kepada nilai dollar. Jika nilai dollar merosot maka ia akan menjejaskan matawang negara lain. Matawang dollar telah tersebar ke seluruh dunia dan nilainya dianggarkan melebihi 1000 billion pada tahun 2010. Purata pertumbuhan ekonomi dunia ialah 7.6% jumlahnya dijangka akan terus meningkat dan nilainya terus menyusut. Kepercayaan kepada dollar semakin terhakis sejak kewujudan matawang Euro pada tahun 1999 yang kini digunakan oleh 320 juta warga Eropah. Secara umumnya matawang Euro adalah lebih stabil berbanding dollar dan banyak digunakan dalam Forex Trading.

Melihat kepada trend kenaikan harga emas dunia, pihak pengeluar emas dunia dijangkan akan meletak harga lantai iaitu UD1500/oz. Ini bermakna harga emas tidak akan dibiarkan di bawah harga yang dicadangkan malah akan terus dalam kedudukan menaik tanpa had - Sumber dari blanchardonline

2 Responses to “5 Sebab Kenapa Harga Emas Terus naik”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :detikislamblog@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam