Thursday, January 19, 2012

5000 bungkus makanan diedarkan sehari di Masjidil Haram

Organisasi amal Ihsan and Takaful Welfare Society membahagikan 5000 bungkus makanan panas setiap hari untuk warga miskin Makkah, jamaah dan tetamu Masjidil Haram.

"Kerja amal ini akan dilaksanakan sepanjang tahun ini," kata ketuanya Sulaiman bin Awwad Al Zaidi kepada Arab News (17/01/2012).

"Melalui projek ini, lembaga kami bertujuan memenuhi keperluan orang miskin dan yang memerlukan, menghindarkan mereka dari mengemis yang memalukan," kata Al Zaidi.

Al Zaidi mengajak semua golongan masyarakat, termasuk syarikat dan individu, untuk ikut serta dalam kegiatan amal itu.

Organisasi itu berharap dapat menjadi penghubungan antara para dermawan dengan orang-orang miskin.

Kegiatan itu telah bermula sejak beberapa hari lalu. Menurut pengurus projek, Mubarak bin Awwad Al Qurashi, satu pakej makanan terdiri dari nasi, ayam, jus, air putih dan satu potong kuih. Makanan-makanan segar itu dibungkus secara bersih sebelum dibahagikan.

"Harga makanan satu pakej SR12 bagi mereka yang ingin menyumbangkan makanan kepada orang-orang miskin," kata Mubarak.

Al Qurashi menjelaskan, pengedaran makanan akan dilakukan sesuai dengan keinginan penderma.

"Boleh dibahagikan kepada warga miskin yang berdaftar dalam lembaga kami, di arbita (rumah singgah untuk orang miskin), kepada para tetamu Masjidil Haram, atau orang-orang miskin yang biasa berkumpul di dekat Masjidil Haram. Terserah pemberi sumbangan," lapor Al Qurashi.

Lembaga itu juga sedia membantu para dermawan yang ingin memberikan sumbangan 10000 pakej makanan atau lebih. Mereka akan mengawasi dengan ketat, bertindak dan membantu mengedarkannya.

Ihsan and Takaful Welfare Society mempunyai akaun khas di Al Rajhi Bank, Arab Saudi, untuk menerima sumbangan para penderma. Mereka juga menyediakan talian telefon untuk keterangan lanjut di nombor 05045045856.

- terjemahan dari fiqhislam.com | hidayatullah.com



0 Responses to “5000 bungkus makanan diedarkan sehari di Masjidil Haram”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam