Sunday, January 1, 2012

Disebalik kekuatan petir

يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالْأَبْصَارِ
"... Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan." (Surah An-Nur, 24:43)

Kilatan yang terbentuk, turun amat cepat ke bumi dengan kelajuan 96,000 km / jam. Sambaran pertama mencapai titik pertemuan atau permukaan bumi dalam waktu 20 milisaat, dan sambaran dengan arah berlawanan menuju ke awan dalam tempoh 70 mikrosaat. Secara keseluruhan petir bergerak dalam masa hingga setengah saat. Suara guruh yang mengikutinya disebabkan oleh pemanasan mendadak dari udara di sekitar jalur petir. Akibatnya, udara tersebut bergerak dengan kelajuan melebihi kelajuan bunyi, walaupun gelombang kejutannya kembali kepada gelombang bunyi normal dalam rentang beberapa meter. Gelombang bunyi terbentuk mengikuti udara atmosfera dan bentuk permukaan selepasnya. Itulah sebab terjadinya guruh dan petir yang sambar-menyambar.

Ketika kita merenungi semua perihal petir ini, kita dapat memahami bahawa peristiwa alam ini adalah sesuatu yang menakjubkan. Bagaimana sebuah kekuatan luar biasa seperti itu muncul dari partikel bermuatan positif dan negatif, yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, menunjukkan bahawa petir diciptakan dengan sengaja. Lebih jauh lagi, kenyataan bahawa molekul-molekul nitrogen, yang sangat penting untuk tumbuhan, muncul daripada kekuatan ini, sekali lagi membuktikan bahawa petir diciptakan dengan kearifan yang khusus.

Allah secara khusus menarik perhatian kita pada petir ini di dalam Al-Quran. surah Ar Rad, salah satu surah Al-Quran, sesungguhnya adalah "Guruh". Dalam ayat-ayat tentang petir, Allah swt berfirman bahawa Dia menghadirkan petir kepada manusia sebagai sumber rasa takut dan harapan. Allah juga berfirman bahawa guruh yang muncul ketika petir menyambar bertasbih memuji-Nya. Allah telah menciptakan sejumlah tanda-tanda bagi kita pada petir. Kita wajib berfikir dan bersyukur bahawa guruh, yang mungkin belum pernah difikirkan oleh kebanyakan orang ini dan yang menimbulkan perasaan takut dan pengharapan dalam diri manusia, adalah sebuah makna yang dengannya rasa takut kepada Allah semakin bertambah dan yang dikirim oleh-Nya untuk tujuan tertentu sebagaimana yang Dia kehendaki.





0 Responses to “Disebalik kekuatan petir”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam