Tuesday, January 3, 2012

DOA KEPADA PEMIMPIN YANG ZALIM DAN SESAT

Menjelang PRU13 yang akan tiba tidak lama lagi. Mungkin awal tahun 2012 nanti. Rakyat Malaysia sekali lagi akan mengundi dan menentukan siapakah yang akan memerintah Malaysia selama 5 tahun lagi. Jika rakyat tersilap memilih pemimpin-pemimpin yang tidak amanah, gila kuasa, maksiat, rasuah dan sebagainya. Negara Malaysia yang tercinta ini akan menjadi huruhara dan tidak stabil dari segi ekonomi dan politik yang akan mengundangkan kesengsaraan kepada rakyat.

Ada juga sesetengah pemimpin yang mempermainkan hukum Hudud Allah, mengkhianati undi rakyat dan melompat parti dengan habuan-habuan yang tertentu. Rakyat akan rasa tidak puas hati, marah dan tertekan dengan kenyataan-kenyataan yang boleh memecahbelahkan perpaduan umat Islam. Dengan ini musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan seperti " Menangguk dalam air yang keruh".

Jadi marilah kita sama-sama berdoa supaya pemimpin-pemimpin begini tidak diberi kemenangan dan mendapat kuasa untuk memerintah Malaysia termasuk pemimpin-pemimpin yang menyesatkan umat Islam.

Maksudnya:

Ayat 67: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar).

Ayat 68: Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar.

Wasallam. - sumber dari resepirahsiaku.com


0 Responses to “DOA KEPADA PEMIMPIN YANG ZALIM DAN SESAT”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam