Islam dan Sains: Angin mengahwinkan wap air

Dalam sebuah ayat Al Qur’an disebutkan sifat angin yang mengawinkan dan terbentuknya hujan kerananya.

وَأَرْسَلْنَا الرِّيَاحَ لَوَاقِحَ فَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَسْقَيْنَاكُمُوهُ وَمَا أَنْتُمْ لَهُ بِخَازِنِينَ

Ertinya: "Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengahwinkan dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu dan sekali kali bukanlah kamu yang menyimpannya." (Surah al-Hijr: 22)

Dalam ayat ini ditekankan bahawa fasa pertama dalam pembentukan hujan adalah angin. Hingga awal abad ke 20, satu-satunya hubungan antara angin dan hujan yang diketahui hanyalah bahawa angin yang menggerakkan awan. Namun penemuan ilmu meteorologi moden telah menunjukkan peranan "mengahwinkan" dari angin dalam pembentukan hujan.

Fungsi mengahwinkan dari angin ini berlaku seperti berikut:

Di atas permukaan laut dan samudera, gelembung udara yang tidak terhitung jumlahnya terbentuk akibat pembentukan buih. Semasa gelembung-gelembung ini pecah, beribu-ribu zarah kecil dengan seperseratus milimeter, terlempar ke udara. Zarah-zarah ini, yang dikenali sebagai aerosol, bercampur dengan debu tanah besar yang terbawa-bawa oleh angin dan selanjutnya dibawa ke lapisan atas atmosfera. Zarah-zarah ini dibawa naik lebih tinggi ke atas oleh angin dan bertemu dengan wap air di sana. Wap air mengembun di sekitar zarah-zarah ini dan bertukar menjadi butiran-butiran air. Butiran-butiran air ini mula-mula berkumpul dan membentuk awan dan kemudian jatuh ke Bumi dalam bentuk hujan.

Sebagaimana dikatakan, angin "mengahwinkan" wap air yang melayang di udara dengan zarah-zarah yang di bawanya dari laut dan akhirnya membantu pembentukan awan hujan.

Apabila angin tidak memiliki sifat ini, butiran-butiran air di atmosfera bahagian atas tidak akan pernah terbentuk dan hujanpun tidak akan pernah terjadi.

Hal terpenting di sini adalah bahawa peranan utama dari angin dalam pembentukan hujan telah dinyatakan berabad-abad yang lalu dalam sebuah ayat Al-Quran, pada ketika manusia hanya mengetahui sedikit sahaja tentang fenomena alam.



Comments