Monday, January 30, 2012

Jihad! Warga negara Arab Saudi, UAE, Bahrain, Algeria, Libya, Jerman, Britain tiba di Yaman

Sebuah sumber puak di wilayah Sa'ada di Yaman utara menyatakan bahawa aliran pejuang Arab serta luar negara yang berbeza mulai masuk ke wilayah Sa'ada untuk menyokong pejuang Salafi melawan kumpulan Syiah Houthi.

Sumber tersebut menunjukkan bahawa lebih dari seratus warga negara Arab Saudi, UAE, Bahrain, Algeria, Libya dan negara-negara lain Jerman, Inggeris, telah tiba di Sa'ada selama beberapa hari.

Dan para pejuang yang terjun ke medan jihad di wilayah Sa'ada untuk melawan kumpulan Syiah Houthi, mereka memasuki Yaman melalui cara formal sebagai pelancong.

Tindakan pejuang dari luar negeri tersebut dalam usaha menyokong kumpulan pejuang Salafi dari markas Darul Hadits Dammaj yang ketika ini sedang berjuang melawan mazhab Syiah Houthis yang sejak akhir tahun lalu melakukan serangan terhadap mereka.

Sumber tempatan melaporkan bahawa pejuang asal Libya yang digelar Abu Huzaifa telah syahid selama konfrontasi dengan Syiah Houthi dua hari yang lalu, sementara yang lain adalah warga Algeria, syahid Sabtu malam lalu dalam serangan sama di dekat kota.

- terjemahan dari eramuslim.com

0 Responses to “Jihad! Warga negara Arab Saudi, UAE, Bahrain, Algeria, Libya, Jerman, Britain tiba di Yaman”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam