Monday, January 16, 2012

Subhanallah, keajaiban disebalik tidur

Dalam kajian baru-baru ini-yang diterbitkan dalam jurnal Nature Neuroscience kumpulan saintis mendapati bahawa tidur pada malam hari tidak cukup untuk manusia, tetapi harus ada tidur siang hari untuk masa yang singkat, satu setengah jam, misalnya.

Para saintis telah mendapati bahawa otak sebenarnya merasa lelah di siang hari akibat pengumpulan maklumat yang sampai kepadanya, sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan dengan demikian memerlukan rehat sejenak. Rehat ini bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan pengorganisasian gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari.

Oleh kerana itu, para saintis menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar siang hari dan bahawa pemberian rehat kepada otak ini akan mengukuhkan ingatan. Mereka mendapati bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, prestasi ilmiahnya mereka lebih baik, dan kemampuan mengingati sesuatunya akan lebih cepat.

Para saintis mengatakan, fenomena tidur adalah sebuah sebuah keajaban yang layak direnungkan dan dikaji lebih dalam kerana ia merupakan fenomena kompleks. Maha Suci Allah yang telah mengisyaratkan dalam kitab suci-Nya Al-Quran tentang pentingnya tidur pada waktu malam dan siang hari, dan menegaskan bahawa tidur adalah salah satu tanda kebesaran Allah dan keajaban yang harus kita renungkan.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar." (Surah Ar-Ruum: 23)

0 Responses to “Subhanallah, keajaiban disebalik tidur”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam