Sunday, January 22, 2012

Subhanallah, keajaiban kulit manusia

Kulit, yang menutupi seluruh tubuh manusia penuh dengan sifat yang menakjubkan. Kulit mampu memperbaiki dan mengemas kini diri, air tidak dapat menembusnya, meskipun banyak pori-pori kecil di permukaannya, padahal ia berfungsi membuang air melalui proses perspirasi.

Strukturnya yang luar biasa lentur, membolehkan berlaku gerakan, padahal ia cukup tebal sehingga tidak mudah koyak. Kulit mampu melindungi tubuh dari panas, sejuk, dan sinar matahari yang merugikan. Kesemuanya itu hanyalah sedikit sifat kulit yang khusus diciptakan untuk manusia.

Di sini, kita berhadapan dengan sifat khusus dari kertas pembungkus ajaib ini: kemampuannya untuk melindungi tubuh dari mikroorganisme penyebab penyakit. Jika tubuh dianggap sebagai istana yang dikepung musuh, kita boleh menyebut kulit sebagai dinding istana yang kuat.

rahasia-kulit-manusia
Monster Miskroskopis

"Tungau debu" (gambar atas) hanyalah satu daripada berjuta-juta organisma yang hidup bersama manusia tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Larva parasit yang sedang memasuki kulit manusia (gambar kiri). Organisma ini berusaha mencapai pembuluh darah melalui kulit, dan bermastautin di pembuluh ini untuk memperbanyak diri. Ia menggunakan taktik luar biasa agar terlepas dari pasukan pertahanan tubuh, seperti menyamarkan diri dengan bahan-bahan yang dirobeknya dari sel tuan rumah.

Fungsi perlindungan utama kulit diwujudkan melalui lapisan sel mati yang merupakan bagian terluar dari kulit. Setiap sel baru yang dihasilkan oleh pembelahan sel bergerak dari bahagian dalam kulit menuju ke permukaan luar. Sambil melakukan ini, unsur cair (sitoplasma) di dalam sel berubah menjadi protein kuat yang disebut keratin. Semasa proses ini, sel itu mati.

Keratin yang baru terbentuk ini mempunyai struktur yang sangat keras dan kerana itu tidak dapat didekomposisi oleh enzim pencernaan. Dengan demikian, penyerang seperti bakteria dan kulat tidak akan boleh mendapatkan sesuatu untuk diambil dari lapisan luar kulit.

Lebih dari itu, sel mati yang mengandungi keratin itu selalu gugur dari permukaan kulit. Sel-sel baru yang berasal dari bawah untuk menggantikan sel yang sudah usang membentuk penghalang yang tidak dapat tembusi di kawasan itu.

Organisma yang hidup di kulit menjalankan fungsi perlindungan lain dari kulit. Sekumpulan mikrob tak berbahaya hidup di kulit, dan telah menyesuaikan diri dengan medium asid kulit. Kerana memperoleh makanan dari bahan-bahan sisa di keratin kulit, mikrob ini menyerang segala macam benda asing untuk melindungi tempat makannya. Kulit, sebagai tuan rumah mikrob ini, bagai bidang kelengkapan yang menyediakan sokongan luaran bagi pasukan di dalam tubuh manusia.
sel-darah-merah
Respon pertahanan pertama organisma melawan penyerangnya yang berbahaya adalah perbaikan sendiri yang cepat dari rangkaian kulit setelah berlakunya luka. Ketika luka kulit, sel-sel pertahanan dengan segera bergerak ke kawasan luka untuk memerangi sel asing dan membuang sisa-sisa rangkaian yang terganggu. Kemudian, sejumlah sel pertahanan lain meningkatkan pengeluaran fibrin, iaitu protein yang dengan cepat menutup kembali luka dengan rangkaian berserat. Gambar ini adalah gambar fibrin yang sudah menyelubungi beberapa sel darah merah.

keajaiban-struktur-kulit-manusia
Pandangan Mendalam atas Kulit
Di atas adalah gambar penampang melintang kulit. Titisan peluh yang dikeluarkan dari kulit bermain pelbagai peranan bagi tubuh. Selain menurunkan suhu badan, mereka menyediakan zat bagi bakteria dan kulat tertentu yang hidup di permukaan kulit, dan menghasilkan bahan sisa bersifat asid seperti asid laktat yang membantu menurunkan tahap PH (keasidan) kulit. Media bersifat asid di permukaan kulit ini mewujudkan persekitaran yang tidak baik bagi bakteria berbahaya yang mencari tempat tinggal.

kelenjar-keringat
Gambar diatas merupakan tampak dekat dari jalan masuk kelenjar peluh. Di sini, juga, anda akan mendapati bakteria seperti di tempat lain di kulit.

trakhea
Gambar ini, yang diperbesar 5.900 kali, memperlihatkan sel-sel di trakhea (biru). Mereka menggunakan kelenjar mereka (kuning) untuk merembeskan suatu sebatian yang terjebak di zarah-zarah udara.

makrofag
Pada gambar ini, anda boleh melihat makrofaj yang terletak pada rangkaian paru-paru. Mereka mengeliminasi zarah debu di udara yang kita hirup

Sungguh Besarnya Kuasa Allah Atas rahmatnya, betapa kasih sayangNya pada kita hambaNYA manusia dengan sistem pertahanan tubuh dan perlindungan dari Allah yang jarang kita fikirkan berupa keajaiban dan rahsia dari kulit semata belum bahagian tubuh yang lain.

Semoga boleh menambah wawasan kita dan semakin boleh membuat kita semakin dekat dan bersyukur atas tubuh yang telah diberikan Allah SWT.


0 Responses to “Subhanallah, keajaiban kulit manusia”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam