Monday, January 9, 2012

Subhanallah, pokok terbesar di dunia yang masih hidup dengan usia ribuan tahun

Pohon Terbesar Dunia
Salah satu dari pokok-pokok yang paling tinggi di dunia dari jenis Giant Sequoia ini memiliki ketinggian mencapai 85 meter. Umurnya dianggarkan antara 2200 hingga 2700 tahun. Pokok ini diberi nama "Jenderal Sherman", dianggarkan bukan hanya merupakan salah satu yang tertinggi, tapi juga merupakan jenis Sequoia yang terbesar dalam kelasnya.

Pada tahun 2002 pokok ini pernah diukur iaitu sebesar 1487 meter padu. Pohon Sherman ini terletak di Taman Negara Sequoia di Visalia, California, dinamakan demikian diambil dari nama seorang veteran perang saudara Amerika Jeneral William Tecumseh Sherman.

James Wolverton seorang Leftenan pada pasukan askar berkuda Indiana ke-9 di bawah pimpinan Sherman menamakan pokok ini dengan nama ketuanya pada tahun 1879. Pohon ini sebenarnya sudah dianugerahi gelaran sebagai yang terbesar sejak tahun 1931, dilihat dari faktor kematangannya.

Diukur dari dimensinya, pokok Sherman ini menunjukkan semakin besar setiap tahun. Diameternya 1,4 meter di atas tanah adalah 7,7 meter, 18 meter di atas tanah adalah 5,3 meter, dia 55 meter di atas tanah adalah 4,3 meter, dan ketinggian dahan pertama atas tanah adalah sekitar 40 meter.
Pohon Terbesar Dunia
Yang menarik, dahan terbesarnya patah pada tahun 2006. Bentuknya seperti huruf "L" menghunjam kira-kira satu perempat ketinggian pokok. Dahan ini mempunyai diameter 2 meter dengan panjang 30 meter dan menghancurkan pagar yang di bina di sekelilingnya. Pokok ini masih menjadi makhluk hidup terbesar di muka bumi yang masih hidup. - terjemahan dari unikbaca.blogspot


0 Responses to “Subhanallah, pokok terbesar di dunia yang masih hidup dengan usia ribuan tahun”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam