Sunday, January 8, 2012

Subhanallah, sepotong kaki dijumpai dalam otak bayi berusia 3 hari

Pada tahun 2009 lalu dunia perubatan dikejutkan dengan peristiwa aneh. Doktor di Colorado, Amerika Syarikat, baru mengeluarkan kaki kecil dari otak bayi berusia tiga hari. Ahli bedah otak pediatrik Dr Paul Grabb sangat terkejut. Ketika membedah kepala dan otak Sam Esquibel, dia mencari sepotong kaki yang hampir terbentuk dengan sempurna, lengkap dengan lima jari dan kaki yang lain yang hampir berbentuk.


Tidak hanya itu, dia juga mendapati beberapa bahagian tubuh lain, seperti sepotong tangan dan paha. "Seperti melahirkan bayi tapi dari otak," kata Grabb seperti dilaporkan Daily Mail.

Prosedur perubatan itu, bermaksud untuk mengeluarkan tumor kecil di dalam otak Sam. Berdasarkan hasil rakaman otak dengan MRI, secara rasmi dinyatakan ada tumor dalam otak Sam. Namun secara fizikal, bayi pasangan Tiffnie dan Manuel Esquibel ini kelihatan sihat saja.

"penemuan struktur organ yang hampir terbentuk seperti ini merupakan perkara yang unik, bukan perkara biasa, dan tidak pernah terdengar di mana-mana," doktor tidak boleh menjelaskan fenomena ini. Namun, katanya, boleh saja 'kaki' di dalam otak Sam itu benar-benar suatu bentuk tumor otak bawaan.

Tumor, menurut Grabb, boleh saja terjadi akibat kes fetus in fetu di mana janin kembar tumbuh di dalam janin lain. Walaupun demikian, dia tidak pernah mendengar ada kes seperti itu yang berlaku di dalam otak. 


0 Responses to “Subhanallah, sepotong kaki dijumpai dalam otak bayi berusia 3 hari”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam