Syiar islam di Brunei

Demi menjaga umat Islam dari makan makanan yang tidak halal, kerajaan Brunei Darussalam, yang majoriti penduduknya adalah Muslim akan menetapkan sebuah undang-undang yang akan menghukum orang Muslim yang makan di "sebarang" Restoran dan juga akan menghukum pemilik restoran tersebut kerana membenarkan orang Muslim makan di tempat itu.

Kerajaan Bunei Darussalam ketika ini sedang menyusun sebuah pindaan untuk dua undang-undang yang sedia ada yang akan menghukum orang islam yang makan di restoran tidak halal dan juga pemilik restoran bukan muslim yang melayani pelanggan Muslim tersebut. Peruntukan-peruntukan ini akan mula berlaku ketika polisi lesen halal baru rasmi bermula pada tahun 2014, kata seorang pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Syariah.



Hj Kasim Hj Mohammad, dari Bahagian Kawalan Makanan Halal, dalam sebuah wawancara di sela-sela rapat dari polisi baru yang dilakukan di Tutong mengatakan, tindakan hukuman akan diambil terhadap restoran di bawah jenis "terhad" atau terhadap restoran yang seharusnya hanya menerima pelanggan bukan islam.

"Restoran yang terhad ini jelas akan menyediakan makanan tidak halal, oleh sebab itu orang islam tidak dibenarkan untuk makan di sana," katanya.

Pemilik restoran bukan islam yang membenarkan orang islam untuk makan di restoran mereka akan dihukum dan termasuk juga orang Muslim yang makan di situ.

Dia menambah bahawa pemilik restoran bukan islam yang membenarkan orang islam untuk makan di restoran mereka akan dihukum dan termasuk juga orang Muslim yang makan di situ.

"Masalah ini akan diubah mengikut Undang-Undang Lesen Miscellaneous (untuk melengkapkan polisi baru) di mana di masa depan, setiap pemilik restoran tidak halal yang melayani pelanggan islam akan didenda. Balum ada undang-undang (untuk mengatasi masalah tersebut) tapi undang-undang ini akan diubah, "kata Hj Kasim.

Dia meneruskan dengan mengatakan bahawa para Muslim yang ditemui bersalah atas kesalahan tersebut, bagaimanapun, akan dikenakan denda mengikut ayat 77 dari Dewan Agama Islam dan undang-undang Mahkamah Qadi, yang juga akan diubah untuk menyokong polisi baru tersebut.

"Jenis dari hukumannya adalah denda, tetapi masih dalam proses penyusunan. Kita tidak boleh memberi komen berhubung itu akan selesai tapi saya dapat meyakinkan anda bahawa denda tersebut akan dikenakan," katanya lagi.

"Kita akan melihat apa yang akan ditetapkan dalam undang-undang tersebut setelah mereka siap.

Comments