Friday, February 3, 2012

Subhanallah, penemuan udang gergasi

Udang raksasa yang masuk dalam golongan haiwan Crustacea ditemui di palung laut sedalam 7 kilometer di perairan New Zealand.

Makhluk yang ditemui disebut "supergiant". Haiwan ini masuk dalam aliran Amphipoda, kumpulan haiwan Crustacea yang tak punya karapas dan mempunyai kaki dada (thorax) hampir serupa.

Amphipoda mempunyai bentuk sama udang. Biasanya, haiwan ini hanya berukuran 2-3 cm. Namun, supergiant yang ditemui di Palung Kermadec ini berukuran 34 cm, 10 kali lebih besar.

James Jamieson, saintis dari Oceanlab di Universiti Aberdeen, mengatakan, "Ini mirip seperti mencari kecoa yang sebesar kaki."

"Saya berhenti dan berfikir. Apa yang telah saya dapati. Amphipoda ini jauh lebih besar dari yang saya kira," tuturnya seperti dikutip BBC, Kamis (2/2/2012).

Haiwan aneh ini ditemui dengan kaedah large trap metal dengan bantuan kamera yang dilengkapi pelindung kaca untuk mengatasi masalah tekanan di laut dalam.

Sejumlah 9 spesimen difilemkan dan 7 diambil. Pasukan yang terlibat adalah dari Universiti Aberdeen di Scotland dan National Institute of Water and Atmospheric (niwa) Research di New Zealand.

Spesimen terbesar yang diambil berukuran 28 cm. Sementara spesimen terbesar yang berjaya diabadikan dengan kamera berukuran 34 cm.

Penyelidik mendedahkan, amphipoda banyak ditemui di palung laut yang berukuran lebar dan dalam hingga "terowong" di lautan yang dalamnya 11 km.

Haiwan ini kecil, tetapi sangat aktif. Amphipoda juga dikenali hidup di persekitaran dengan tekanan yang jauh lebih tinggi dari tekanan di permukaan laut.

Nama supergiant dikenalkan pada tahun 1980 ketika mencari jenis ini di perairan Hawaii. Namun, spesimen yang ditemui sekarang jauh lebih besar.

Dr Ashley Rowden dari niwa mengatakan, "Ini hanya menunjukkan bahawa semakin banyak anda mencari, semakin banyak juga yang anda temui."

"Untuk haiwan besar dan ketara dan tak ditemui dalam jangka masa yang lama, ini tanda betapa kecil yang kita tahu tentang kehidupan terdalam dan unik di New Zealand," kata Rowden.

Selama beberapa tahun kebelakangan, saintis selalu dikejutkan oleh penemuan kehidupan laut dalam. Kini, selain mencari amphipoda, saintis juga mendapati isopoda di kedalaman 7,7 km.

- sumber dari kompas.com



0 Responses to “Subhanallah, penemuan udang gergasi”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam