Tuesday, March 27, 2012

Inilah Cara Rasulullah Mengawasi Harta Negara

Inilah Cara Rasulullah Mengawasi Harta Negara 
Hasan Hanafi dalam bukunya Ad-Din wa Ats-Tsaurah menyebutkan, kata harta dalam dua bentuk. Sebahagian dinisbahkan pada bukan pemilik dan sebahagian dinisbahkan pada sesuatu (objek), seperti harta anak-anak yatim dan harta kamu. Kebanyakan Al-Quran menyebut kata harta dengan objeknya sejumlah 54 kali. Ini menunjukkan bahawa pengawasan harta harus dihidupkan dengan aktiviti ekonomi yang kredibel, jujur, profesional, dan berjiwa entrepreneurship. Harta negara tidak boleh dimatikan atau dihancurkan oleh peribadi yang bermental cengeng, penyulap, dan korup.

Harta negara yang dikendalikan dengan jujur, mandiri, dan profesional, baik oleh peribadi pengusaha mahupun pejabat negara, bererti telah melakukan pengawasan harta negara secara dalaman dan mulia. Buah dari kemandirian dan kejujurannya kemudian ia menjadi peribadi yang tidak lagi bernafsu merampas dan menguasai harta negara yang bukan haknya. Bahkan, ia akan turut dengan berkesan membantu negara untuk menyejahterakan kaum lemah (yatim dan fakir miskin).

Dari sinilah sebenarnya pengawasan harta negara harus bermula dengan akhlak yang baik dari dalam peribadi mahupun pemimpin bangsa. Di era klasik tidak sedikit pemimpin yang menerapkan pengawasan harta negara dengan cara ketat dan konsisten. Nabi SAW ketika mengutus Muadz bin Jabal sebagai Gabenor di Yaman, sebelum ia sampai ke tempat bertugas diminta kembali datang menghadap kepada Nabi, "Tahukah kamu mengapa aku memanggilmu kembali wahai Muaz?" Tanya Nabi.

"Belum tahu ya Rasululullah."

"Saya ingatkan lagi sejak engkau memikul amanah ini jangan cuba-cuba mengambil sesuatu (untuk kepentingan peribadi) tanpa seizinku. Barang siapa yang berbuat curang, pada hari kiamat kelak akan dibangkitkan dalam keadaan memikul beban kecurangannya. "

Cara Nabi ini diikuti olen generasi seterusnya, Umar bin Khattab, seperti diceritakan Abdul Qadim Zallum dalam bukunya al-Amwal fi Dawlat al-Khilafah. Umar dengan tegas mengambil harta negara dari tangan Abu Sufyan pemberian dari anaknya, Muawiyah, yang menjadi Gabenor Syam bernilai 10 ribu dinar.

Harta itu ditarik dan diserahkan kembali oleh Umar ke Baitul Mal (negara) setelah terlebih dahulu diadakan siasatan oleh lembaga pengawasan (semacam KPK) yang bernama al-Muraqabah dan al-Muhasabah al-Ammah (Badan Pengendali Harta Negara).

Ketegasan para pemimpin sangat efektif dalam menjaga harta negara dari para penyulap (koruptor) sehingga tidak terjadi mafia pencurian harta negara secara berterusan

- republika.co.id


0 Responses to “Inilah Cara Rasulullah Mengawasi Harta Negara”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam