Friday, April 20, 2012

Subhanallah, Inilah Mukjizat Alquran tentang Angin yang Mengawinkan

Pernahkah anda memperhatikan bagaimana proses pembentukan hujan? Jauh sebelum ada ilmu meteorologi modern, pada abad ke-7 M, Al-Quran telah menjelaskan tentang fungsi angin dalam proses pembentukan hujan.

Dalam surah Al-Hijr [15] ayat 22, dijelaskan tentang sifat angin yang mengawinkan hingga terbentuknya hujan. "Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu dan sekali kali bukanlah kamu yang menyimpannya." (QS [15]: 22)

Menurut Harun Yahya, ayat ini menekankan bahawa fasa pertama dalam pembentukan hujan adalah angin. '' Hingga awal abad ke 20, satu-satunya hubungan antara angin dan hujan yang diketahui hanyalah bahwa angin yang menggerakkan awan,'' ujar pemilik nama asli Adnan Oktar.

Namun, lanjut dia, penemuan ilmu meteorologi moden telah menunjukkan peranan "mengahwinkan" dari angin dalam pembentukan hujan. Fungsi mengahwinkan dari angin ini terjadi sebagaimana berikut:

"Di atas permukaan laut dan samudera, gelembung udara yang tak terhitung jumlahnya terbentuk akibat pembentukan buih. Pada saat gelembung-gelembung ini pecah, beribu-ribu zarah kecil dengan dia seperseratus milimeter, terlempar ke udara. Zarah-zarah ini, yang dikenali sebagai aerosol, bercampur dengan debu daratan yang terbawa-bawa oleh angin dan selanjutnya dibawa ke lapisan atas atmosfera. "

"Zarah-zarah ini dibawa naik lebih tinggi ke atas oleh angin dan bertemu dengan wap air di sana. Wap air memeluwap di sekitar zarah-zarah ini dan bertukar menjadi butiran-butiran air. Butiran-butiran air ini mula-mula berkumpul dan membentuk awan dan kemudian jatuh ke Bumi dalam bentuk hujan. "

Menurut Harun Yahya, angin "mengahwinkan" wap air yang melayang di udara dengan zarah-zarah yang di bawanya dari laut dan akhirnya membantu pembentukan awan hujan.

'' Apabila angin tidak memiliki sifat ini, butiran-butiran air di atmosfera bahagian atas tidak akan pernah terbentuk dan hujanpun tidak akan pernah terjadi,'' papar dia.

Maha Benar Allah dengan segala Firman-Nya.

Sumber: harun yahya / keajaiban alquran



1 Responses to “Subhanallah, Inilah Mukjizat Alquran tentang Angin yang Mengawinkan”

  • Besnis produk kesihatan myherb2u
    Goji, tricajus, susu kambing, mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    https://www.google.com/#fp=eccba6f7b5b00530&q=myherb2u
    http://www.youtube.com/watch?v=JSOi1e3ethM
    https://www.google.com/search?q=myherb2u&filter=0&bav=on.2%2Cor.r_cp.r_qf.&bvm=bv.50952593%2Cd.bmk%2Cpv.xjs.s.en_US.epv7Gxs5zsU.O&biw=1366&bih=667&um=1&ie=UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=JrwTUt6VB4K4rAeI-YHQDA
    http://radiosilaturahim.com/tembok-pemisah-israel-mesir-telah-selesai-di-bangun/
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam, selangor, malaysia
    Rakan niaga/penyewa/pekerja diperlukan
    Kursus motivasi besnis disediakan
    Stokis/pegedar diperlukan
    Pakej melancong Kelantan/Selatan Thailand disediakan
    Rumah dijual diSubang Suria,Shah Alam
    Kelas mengaji Al Quran disediakan
    Welcome to Health Builders (M) Sdn.
    www.healthbuilders.com.my
    Syarikat jualan langsung unggul yang membawa kepada anda satu kerjaya … untuk terus berjaya. Nikmatilah kehebatan rangkaian produk dan keistimewaan pelan pemasaran kami untuk kehidupan yang lebih bermakna
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

    Back To Top
    Profile Picture
    ©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
    Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
    E-mel :detikislamblog@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam