Ulama Al-Azhar Kecam Lawatan Mufti Mesir ke Al-Aqsa di Jerusalem

Sejumlah ulama Al-Azhar mengecam keras langkah yang dilakukan oleh Mufti Besar Mesir Syaikh Ali Jumaah Rabu 18/4) untuk melawat masjid Al-Aqsa di wilayah pendudukan Israel.

Syaikh Nasr Farid Wasil dari Al-Azhar mengecam keras lawatan ini, sambil menekankan bahawa dirinya tidak boleh menerima tindakan yang dilakukan oleh Mufti dan menyeru Mufti dipecat dari jawatannya.

Menurutnya lawatan ke Baitulmuqaddis memerlukan visa dari negara Zionis yang mengawal Jerusalem, dan hal itu sama saja mengakui kewujudan zionis. Syaikh Wasil juga menegaskan bahawa kedudukan Al-Azhar sangat jelas berkaitan masalah ini, iaitu larangan melawat Jerusalem selama masih di bawah pendudukan Israel.

Pada bahagian lain Syaikh Safwat Hijazi menegaskan: "Kami menolak kunjungan ini dan Ali Jumaah telah melakukan penyimpangan dalam masalah ini."

"Saya menolak kunjungannya dan saya menuntut Mufti dipecat dari kedudukannya, tindakan dia tidak boleh diterima dan hal ini menunjukkan adanya watak dari sisa-sisa rejim sebelumnya di Mesir," tegas Hijazy.

Sementara itu, Syaikh Abdul Muti Bayumi, seorang profesor di Universiti Al Azhar mengatakan: "Kami tidak boleh menerima logik Ali Jumaah dalam lawatan ke Al-Aqsa yang masih di bawah pendudukan Israel," dan menyatakan kemarahannya lawatan ini.

Sumber maklumat menegaskan bahawa lembaga Al Azhar tidak mempunyai pengetahuan mengenai lawatan tersebut, dan Al-Azhar menyatakan terkejut bahawa Mufti Besar Mesir melakukan kunjungan ke Baitulmuqaddis tidak memberitahu Al-Azhar

sumber dari eramuslim.com


Comments