Monday, May 7, 2012

Makna lain disebalik istilah 1 Mei

Tarikh 1 Mei baru saja berlalu, dengan ditandainya ribuan pekerja di seluruh dunia turun ke jalan-jalan memperingati Hari Buruh Sedunia yang lebih dikenali dengan istilah "May Day".

Mengapa tarikh 1 Mei yang dikenali dengan May Day itu menjadi hari pekerja antarabangsa? Menurut pelbagai nota, penetapan Hari Buruh pada 1 Mei berkaitan dengan peristiwa Haymarket iaitu tunjuk perasaan besar-besaran pekerja di Amerika Syarikat, menuntut 8 jam kerja satu hari.

Pelakon di balik gerakan tersebut adalah Federation of Organized Trades and Labor Union. Tuntutan pengurangan jam kerja itu juga sudah menjadi gerakan dunia antara lain dalam Kongres Pekerja Antarabangsa pertama di Geneva, Switzerland.

Pada 1 Mei 1886, beratus-ratus ribu pekerja turun ke jalan untuk mendesak penguatkuasaan 8 jam kerja. Pada waktu itu, waktu kerja pekerja boleh sampai dengan 20 jam sehari.

Puncak dari aksi pekerja berlaku selepas tunjuk perasaan berjalan 4 hari. Pada 4 Mei 1886 itulah terjadi kekerasan dari aparat keamanan. Ratusan peserta tunjuk perasaan tewas. Pimpinan aksi pun ditangkap polis.

Sisi lain dari istilah "May Day"

Namun ada sisi lain dari istilah peringatan "May Day" itu sendiri, menurut banyak catatan istilah tersebut lebih cenderung merupakan perayaan kaum Paganis (penyembah berhala) di banyak negara-negara Eropah.

May Day sendiri telah menjadi hari cuti musim panas tradisional di banyak budaya pagan Eropah sebelum Kristian berkembang. Sementara 1 Februari adalah hari pertama musim semi, maka 1 Mei adalah hari pertama musim panas.

Dalam Katolik Rom tradisi 1 Mei diamati sebagai bulan Maria, dan dalam lingkaran peringatan May Day biasanya dijadikan perayaan bagi Santa Perawan Maria.

Awal perayaan May Day sendiri muncul di era sebelum berkembangnya agama Kristian, dengan adanya festival Flora, untuk memperingati dewi bunga Rom, serta perayaan malam Walpurgis di banyak negara-negara bahagian Jerman.

Namun perayaan pagan tersebut mulai ditinggalkan selepas Eropah mula dimasuki ajaran Kristian. Akan tetapi bentuk awal dari May Day yang dikaitkan dengan dewi bunga Rom terus berlanjut dengan masih berlangsungnya tarian bunga yang direkonstruksi oleh Kumpulan-kumpulan neopagan.

Di Ireland May Day telah dirayakan sejak zaman pagan sebagai pesta Bealtaine dan beberapa waktu kemudian hari itu diperingati sebagai hari Maria. Secara tradisional, api unggun dinyalakan untuk menandakan datangnya musim panas dan untuk menghalau malam panjang musim sejuk.

May Day di Inggeris sudah ada sejak zaman pagan Anglo-Saxon, namun di kemudian hari menjadi hari perayaan tradisional selama berabad-abad. May Day di Inggeris berkaitan perayaan musim semi kesuburan dan pesta pora yang meriah di desa-desa dan bandar. Sejak reformasi Kalendar Katolik, 1 Mei dijadikan Hari peringatan St Yusuf Pekerja, seorang santo pelindung para pekerja.

Di Hawaii, May Day juga dikenali sebagai hari Lei, dan biasanya disisihkan sebagai hari untuk merayakan budaya pulau Hawaii dalam budaya umum dan asli pada khususnya. Perayaan itu dicipta oleh seorang penyair dan kolumnis surat khabar tempatan pada tahun 1920, sejak saat itu diterima pakai oleh kerajaan negeri dan tempatan serta wargamenjadi perayaan musim semi secara umum.

Secara umum hampir di seluruh negara-negara Eropah yang merayakan "May Day", peringatan, perayaan serta pesta pada tarikh 1 Mei tidak lepas dari adanya unsur bunga, kerana memang asalnya May Day itu sendiri untuk mengenang Dewi Flora yang merupakan dewi bunga kaum Rom kuno .

sumber dari eramuslim.com

0 Responses to “Makna lain disebalik istilah 1 Mei”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam