Tuesday, June 26, 2012

Bekas penjaring gol terbanyak Liga Sepanyol 2006-2007 derma wang setahun gaji untuk masjid

Kehangatan  bola sepak Eropah tidak membuat Frederic Oumar Kanoute lupa daratan. Hasil pendapatn dari sukan termegah di dunia itu digunakan penyerang kelahiran Perancis itu untuk kemaslahatan umat.

Kanoute yang kini bermain untuk kelab Sepanyol, Sevilla, tidak pernah segan menampakkan ketaatannya sebagai seorang Muslim di mana pun beliau berada. Penjaring gol terbanyak Liga Sepanyol 2006-2007 itu bahkan rela menyisihkan sebahagian hartanya untuk memelihara syiar Islam.
Pada tahun 2007, komuniti muslim Sevilla terancam tidak boleh menggelar solat Jumaat berjamaah ketika masjid di bandar itu nyaris ditutup. Izin penggunaan masjid di wilayah Ponce De Leon itu habis dan terpaksa dijual kepada awam. Kanoute tampil sebagai penyelamat dengan membeli masjid itu dengan harga 700 ribu dolar AS.

Untuk menyelamatkan masjid itu, Kanoute harus rela menyisihkan sekitar satu tahun gajinya di Sevilla. Meski demikian, Kanoute tetap tawadhu dan enggan mengulas atas amal mulianya itu.
"Jika Kanoute tidak membelinya, mungkin kami tidak akan lagi boleh beribada solat Jumaat," kata seorang jurucakap Islamic Community of Spain kepada media tempatan Diario de Sevilla.

Kanoute menjadi mualaf pada tahun 1997. Ia memutuskan untuk pindah kewarganegaraan dan membela pasukan kebangsaan Mali pada tahun 2004. Ia kemudian dinobatkan menjadi pemain terbaik Afrika 2007

sumber republika.co.id


0 Responses to “Bekas penjaring gol terbanyak Liga Sepanyol 2006-2007 derma wang setahun gaji untuk masjid”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam