Sunday, July 22, 2012

Bintang Barcelona Ini Berpuasa Selama Ramadan

Pemain Barcelona Ibrahim Afellay merupakan pemain bola sepak berbakat.

Pemain keturunan Maghribi ini mempunyai kemampuan mengolah bola yang mampu membuatkan pecinta bola sepak kagum.

Meskipun begitu, Afellay yang pada kenyataannya adalah seorang Muslim dikenali taat terhadap agama.

Tidak salah, Afellay pernah dinobatkan sebagai seorang Muslim teladan di Belanda alias 'Moslim Van Het Jaar'. Penghargaan itu tidak diberikan pada mana-mana orang.
Dalam laman wijblijvenhier.nl, disebutkan salah satu faktor yang membuat bekas pemain PSV Eindhoven ini dipilih kerana usianya yang masih muda. Diharapkan, Afellay mampu membina citra Muslim taat di kalangan remaja.

Dalam kesehariannya, Afellay memang dikenali sebagai seorang anak yang soleh. Saat masih bermain di Eredivisie Belanda, di setiap bulan suci Ramadan tiba, dia tetap berpuasa. Tentang berpuasa saat pertandingan, Afellay bertutur, "Saya berpegang pada keyakinan saya secara taat. Tiada masalah betapa sulitnya ini."

Afellay berpendapat, agama tetap nombor satu, bahkan melebihi bola sepak. Dengan berpegang teguh pada agama, ia berharap boleh mendapatkan hasil yang terbaik dalam kariernya. "Itu memberikan saya sebuah perasaan positif," ujar penghuni pasukan kebangsaan Belanda ini

Di banding kumpulan ternama Eropah, dunia bola sepak Belanda cenderung memberi respons positif terhadap keinginan pemain Muslim yang ingin melaksanakan puasa. Puluhan pemain Islam mengambil bahagian dalam pertandingan Belanda, kebanyakan dari mereka dengan latar belakang Maghribi.

Kelab-kelab tidak menghalang para pemain dari mengamati sekatan Ramadhan. Beberapa bahkan cuba untuk menyesuaikan jadual latihan mereka sesuai.

Pada tahun 2007, PSV Eindhoven mengadakan seminar tentang "sukan di Ramadhan" dengan pemateri ulama, doktor, dan doktor pakar yang mengupas fizikal pemain yang memilih berpuasa di tengah-tengah ketatnya jadual pertandingan.


0 Responses to “Bintang Barcelona Ini Berpuasa Selama Ramadan”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam