Sunday, July 29, 2012

Muslim Rohingya ditindas, Suu Kyi terus berdiam diri

Pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, menuai kritik dari sejumlah organisasi penggiat hak asasi manusia. Itu terjadi lantaran pemenang hadiah nobel perdamaian ini memilih diam menghadapi polisi Presiden Thein Sein dalam kes penindasan etnik Rohingya.

Seperti dilansir Telegraph, Suu Kyi dikritik sengaja menghindar mengulas isu yang telah berlangsung selama lapan minggu di negeri Rakhine, Myanmar barat.

Ratusan orang dilaporkan terbunuh dan puluhan ribu lagi penduduk terpaksa berpindah dari rumah mereka. Laporan lain menyatakan pihak tentera memukul, mengancam dan membunuh etnik Rohingya.

"Ini sangat mengecewakan. Dia dalam kedudukan sukar. Tapi, rakyat dikecewakan kerana dia tidak bersuara lebih keras," kata Anna Roberts, Pengarah Eksekutif Burma Campaign, di Inggeris.

Pengarah Human Rights Watch bagi Asia, Brad Adams, juga menyesalkan sikap Suu Kyi yang justru bergerak dan tidak mahu bercakap soal Rohingya. Terutama saat dia berkunjung ke London, Dublin, Paris, dan Oslo. "Suu Kyi melepaskan peluang untuk membangkitkan isu mengenai hak asasi manusia," katanya.


0 Responses to “Muslim Rohingya ditindas, Suu Kyi terus berdiam diri”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam