Tuesday, August 28, 2012

HAKIKAT DISEBALIK KEBULURAN DI DUNIA

Di segenap ceruk, alam ini dipenuhi dengan hasil seni kreatif yang menjadi lambang kebesaran Allah SWT. Semua yang kita lihat, terpantul Kekuasaan dan Kemegahan-Nya. Limpahan rahmat-Nya kepada kita tidak terhitung. Hakikat ini diungkap Allah di dalam al-Quran dalam firmannya: 
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah an-Nahl: 18)

Hakikatnya, menciptakan semua ini sangatlah mudah bagi Allah. Sepertimana firmanNya :
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” lalu menjadilah ia. (Surah al-Baqarah: 117)

Allah Yang Maha Besar dan Yang Maha Berkuasa menjadikan sesuatu, berupaya mencipta apa sahaja yang dikehendakiNya pada bila-bila masa. Adalah sangat mudah bagi Allah untuk mewujudkan keseimbangan jitu di dunia ini seperti sistem solar, Bima Sakti, hukum kosmik yang tidak terkira banyaknya dan kekayaan hasil bumi. Allah jugalah Pencipta kesemua unsur yang tidak terduga; daripada panasnya pancaran matahari sehinggalah kepada pantasnya perluasan alam; daripada kebendaliran air sehinggalah kepada kedudukan bumi di Bima Sakti, dan daripada jarak antara bulan dan bumi sehinggalah kepada nisbah gas di atmosfera. Allah menyatakan, adalah mudah bagi-Nya mencipta segala sesuatu seperti firmanNya: 
 “ Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah Memulai penciptaan (makhluk), kemudian Dia Mengulanginya (kembali). Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. (Surah al-Ankabut:19)

Apabila kita beranggapan Allah mencipta segala yang Dia ingini dengan kesempurnaan, pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya, kita akan lebih memahami bahawa Allah mencipta segala sesuatu yang menimpa manusia dengan hikmat Ilahi. Memang, sesungguhnya dalam setiap perkara yang terjadi ada ketentuan-Nya, ketetapan takdir-Nya yang ada sebab dan kebaikan. Tiada apapun yang berlaku dengan sendirinya tanpa sebab. Hatta sekecil perkara sekalipun seperti gugurnya daun berlaku dalam pengetahuan Allah, sebagai tanda kesenian-Nya yang sempurna, dengan sebab dan kebaikan.
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib. Tiada yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut, dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.” (Surah al-An’am, 59)

Maka, banyak peristiwa yang boleh dianggap sebagai kekurangan itu sebenarnya diciptakan dalam takdir demi kebaikan dan bersebab, dan sekali lagi, ini menunjukkan kebesaran dan seni kreatif Allah yang tiada akhirnya. Ada sebabnya manusia dijadikan fana, mudah terdedah kepada bahaya kuman dan dicipta sebagai makhluk lemah yang memerlukan tidur dan makanan. Oleh itu, manusia yang mampu berfikiran rasional dengan mudahnya dapat memahami bahawa hidup di dunia hanyalah sementara dan serba kekurangan. Jadi, dia tidak akan rasa terikat kepada dunia dan berpaling kepada Akhirat. Di samping itu, dia dapat melihat betapa lemahnya dia sebagai makhluk dan menghargai limpah kurnia-Nya dengan lebih baik.   
   

Sangat jelas apabila Allah mahukan sesuatu, Allah Yang Maha Berkuasa menjadikan segala sesuatu, tidak akan mencipta dunia ini sebagai tempat yang serba kekurangan. Akan tetapi, sebagai tempat percubaan, dunia diciptakan-Nya khusus dengan kekurangan. Misalnya, kelaparan adalah rasa khas yang dijadikan Allah. Tanpa ragu, sekiranya Allah mahu, perkara sebegini (lapar) tidak akan berlaku. Tapi sebenarnya, kelaparan dicipta untuk menguji dan memisahkan antara orang beriman daripada orang tidak beriman, mereka yang tabah dan menyerah diri kepada Allah daripada mereka yang menentang Allah. Hasil daripada semua ujian ini, mereka yang beriman akan mendapat ganjaran. Sepertimana yang diperlihatkan dalam contoh ini, terdapat banyak tujuan murni dalam semua perkara yang dianggap kekurangan. 

Sejajar dengan itu, kita dengan mudah memahami bahawa “kebuluran” juga dijadikanNya dengan sebab yang khusus. Semua kebuluran yang berlaku sepanjang sejarah ada sebabnya. Allah mahu menarik perhatian kita kepada sebab-sebab yang sesetengahnya mungkin seperti berikut:
“Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan. Dan demi sesungguhnya, mereka pun telah didatangi seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, lalu mereka mendustakannya; maka mereka pun ditimpa azab sedang mereka berkeadaan zalim.” (Surah an-Nahl, 112-113)

resimDetay-6Seperti yang diketahui, nabi-nabi adalah individu yang diredhai Allah, yang diciptakanNya untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ada banyak sebab khusus dalam setiap peristiwa yang berlaku dalam satu golongan yang berpaling daripada pesuruh yang menyeru mereka untuk mempercayai Allah. Dalam al-Quran, Allah memperincikan keadaan bagi golongan pada masa lampau itu, yang berpaling setelah diberi amaran kepada mereka. Bahkan dalam ayat di atas, Allah kaitkan kisah golongan yang hidup dalam kemewahan dan aman tetapi ditimpa kebuluran akibat ketidaksyukuran mereka kepada Allah.

Dalam surah Yusuf juga terdapat kisah yang merujuk kepada golongan yang ditimpa kebuluran ini. Sebagai hukuman atau amaran dari Allah, kebuluran ini mungkin menimpa golongan tersebut akibat ketidakadilan yang dilakukan terhadap Nabi Yusuf (a.s) oleh mereka yang berpengaruh dalam golongan tersebut. Allah Maha Mengetahui. 

Usia yang kita hidup sekarang adalah waktu khusus yang ditunggu oleh semua orang beriman selama 1400 tahun. Ini adalah tempoh dengan kepentingan sejarah di mana Imam Mahdi (as) akan mula menyebarkan cahaya Allah di seluruh dunia dan Nabi Isa (a.s) akan kembali ke Bumi. Peristiwa ini diumumkan Nabi (saw). Dalam tempoh ini, sesuatu yang belum pernah berlaku telah berlaku dan akan terus berlaku.

Sebagaimana contoh-contoh yang disebut dalam al-Quran, penderitaan boleh datang tanpa disangka-sangka kepada mereka yang berpaling daripada amaran Allah, dari arah yang tidak diketahui. Andai kita perasan, setiap hari, orang terperangkap dalam pelbagai masalah yang mereka sendiri tidak tahu bagaimana mereka terjebak. Kurangnya kejujuran dan keakraban antara manusia, ketidakupayaan untuk berlapang dada dengan kecantikan, kesedihan dan kemurungan yang berterusan menjadi penderitaan yang tidak dapat mereka elakkan. Berpaling daripada agama Allah dan tunjuk ajar al-Quran dan keterikatan mereka kepada dunia yang sementara ini daripada kembali kepada hari Akhirat menyebabkan mereka menjalani kehidupan yang sengsara. Inilah sebenarnya penderitaan tersembunyi yang tidak pernah mereka ambil kira. Membiarkan diri bergelumang dengan keseronokan dunia dan melupakan tanggungjawab sebagai hamba Allah, menjerumuskan mereka kepada penderitaan yang tidak pernah mereka sangka. Apabila mereka lebih mengejar harta dunia, dunia meninggalkan mereka dengan lebih cepat dan mereka akan mendapati diri berada dalam kebencian, ketidakjujuran, dan penyakit psikologi. Akibatnya, mereka hilang kekuatan fizikal dan usia dalam masa yang singkat. Namun, pada masa Imam Mahdi (a.s) ini adalah tempoh manusia di seluruh dunia diseru secara terang-terangan untuk menyempurnakan tugas sebagai hamba Allah. Melalui pelbagai cara manusia terus-menerus diingatkan dengan tanda-tanda dan ayat-ayat al-Quran. Seseorang yang berpengetahuan tentang al-Quran dengan mudah mengetahui bahawa orang yang berpaling dari agama adalah yang pertama dibalas dengan hilangnya cinta dan kepekaan terhadap keindahan dan gagal untuk mencapai kebahagiaan hakiki. Krisis ekonomi yang terjadi pada zaman kita memberikan contoh bagi keadaan tersebut. Begitu banyak sehingga orang yang menghadapi kesulitan menutupi seluruh dunia dalam satu hari. Allah mengetahui kebenaran.
sumber harunyahya

0 Responses to “HAKIKAT DISEBALIK KEBULURAN DI DUNIA”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam