Sunday, August 5, 2012

Manuskrip Kuno Masjid Nabawi

Peninggalan manuskrip kuno yang berada di Masjid Nabawi perlu dilindungi dan dipelihara. Sebab, seluruh manuskrip yang ada mengandungi sejarah panjang tamadun Islam. Ketua Jabatan Manuskrip Kerajaan Arab Saudi, Mohammaed Al-Sane mengungkap di perpustakaan Masjid Nabawi terdapat lebih dari 1,200 manuskrip, termasuk 300 salinan Al-Quran tulisan tangan.

"Salah satu naskah yang paling langka di Masjid Nabawi adalah salinan Quran yang dibuat 440 tahun, mushaf ini boleh dikatakan yang paling jarang," kata Al-Sane seperti dikutip alarabiya.net, Ahad (5/8).

Menurut Sane, pemerintah Arab Saudi telah berusaha keras untuk menyelamatkan peninggalan ini dengan menggunakan teknologi terkini. Pertama, mereka penukaran manuskrip menjadi data digital, yang kedua, pemerintah menggunakan teknik simpanan khusus untuk mengelakkan kertas dimakan anai-anai atau serangga. "Semua usaha telah dilaksanakan sejak 20 tahun lalu. Hingga kini, masih terus dilakukan," kata dioa.

Sane mengatakan manuskrip kuno ini jauh lebih berharga berbanding emas sehingga harus dijaga dan dipelihara keadaannya. "Semua manuskrip mengandungi berbagai ilmu pengetahuan dan setiap orang mempunyai hak untuk mengetahui isi manuskrip itu tidak hanya untuk umat Islam," katanya.

0 Responses to “Manuskrip Kuno Masjid Nabawi”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam