Thursday, August 9, 2012

Proses membuat Kiswah Kaabah, dari kulit unta hingga ke kain sutera

Kiswah pertama kali dibuat oleh seorang perajin bernama Adnan bin Ad dengan bahan baku kulit unta. Namun dalam perkembangannya, kiswah dibuat daripada kain sutera. Untuk membuat sebuah kiswah memerlukan 670 kg bahan sutera atau sekitar 600 meter persegi kain sutera yang terdiri daripada 47 potong kain. Masing-masing potongan tersebut berukuran 14 meter panjang dan 95 cm lebar.

Ukuran itu sudah disesuaikan untuk menutupi bidang kubus Kaabah pada keempat sisinya. Sedangkan untuk hiasan yang berbentuk pintalan emas diperlukan 120 kg emas dan beberapa puluh kg perak.

Sejak 1931, kiswah untuk menutupi Kaabah dihasilkan di sebuah kilang yang terletak di pinggir kota Makkah, Arab Saudi. Dalam kilang tersebut, pembuatan kiswah dilakukan secara moden dengan menggunakan mesin tenun moden. Di kilang kiswah yang areanya seluas 10 hektar itu melibatkan sekitar 240 orang pekerja kiswah.

Dalam kilang tersebut, kiswah dibuat secara beramai-ramai. Di sanalah semuanya disiapkan, daripada perencanaan, pembuatan gambar prototaip kaligrafi, pencucian benang sutera, penyulaman, pembuatan benang daripada berkilo-kilo emas murni dan perak hingga kepada kilang kaligrafi daripada benang emas mahupun perak, lalu penjahitan akhir.

Meskipun kiswah tampak hitam jika dilihat dari luar, namun ternyata bahagian dalam kiswah itu berwarna putih. Salah satu kalimat yang tertera dalam pintalan emas kiswah adalah kalimah syahadah, Allah Jalla Jalallah, La Ilaha Illallah, dan Muhammad Rasulullah. Surat Ali Imran: 96, Al-Baqarah: 144, surah Al-fatihah, surah Al-Ikhlas juga terpintal indah dalam benang emas yang menghiasi kiswah.

Kaligrafi yang digunakan untuk menghias kiswah terdiri daripada ayat-ayat yang berkaitan dengan haji dan Kaabah juga Asma-asma Allah yang dimuliakan. Hiasan kaligrafi yang diperbuat dari emas dan perak kelihatan berkilau indah saat terkena cahaya matahari.


Kerana menggunakan bahan baku daripada benda-benda yang sangat berharga seperti sutera, emas, mahupun perak, harga kiswah menjadi sangat mahal sekitar Rp 50 bilion.

Sehingga setiap tahun Jawatan Wakaf Kerajaan Arab Saudi harus menyediakan dana yang 50 bilion untuk pembuatan kiswah. Menurut sejarah, tradisi penggantian kiswah yang dilakukan setiap tahun sudah ada sejak masa Khalifah Al-Mahdi yang merupakan penguasa Dinasti Abbasiyah ke-IV.

Tradisi tersebut bermula ketika Khalifah Al-Mahdi menunaikan haji, kemudian penjaga Kaabah melaporkan kepadanya tentang kiswah yang pada saat itu sudah mula rapuh dan dikhuatiri akan jatuh. Mendengar laporan yang memprihatinkan itu, Al-Mahdi memerintahkan agar setiap tahun kiswah diganti.


Sejak saat itu, kiswah untuk Kaabah diganti setiap tahun pada musim haji dan menjadi sebuah tradisi yang harus dijalankan. Dengan demikian tidak ada lagi kiswah yang keadaannya membimbangkan.

Pasalnya, setiap kiswah hanya mempunyai jangka masa selama satu tahun. Bahkan, kiswah bekas dipakai di Kaabah ada yang dipotong-potong dan kemudiannya potongan tersebut dijual sebagai penghias rumah mahupun pejabat.

0 Responses to “Proses membuat Kiswah Kaabah, dari kulit unta hingga ke kain sutera”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam