Sunday, September 2, 2012

Ahli politik pembenci masjid yang akhirnya bersujud

Daniel Streich, ahli Parti Rakyat Swiss (SVP) menjadi seorang terkenal. Bukan saja awalnya dia sangat menentang keras pembinaan masjid di negaranya, melainkan dirinya secara mengejutkan berpindah haluan menjadi seorang Muslim.

Laman islamicbulettin.com melaporkan Streich penganut kristen taat. Dia dibesarkan dengan ajaran Kristian dan semasa kecil pernah bercita-cita menjadi paderi. Namun ketika remaja niatnya berubah. Ia mula gemar berpolitik dan tanpa ragu terjun langsung menjadi ahli parti ternama di Switzerland.
SVP bukan parti sembarangan. Di dalamnya terdiri dari cendekia, saintis, pelajar, dan pegiat bukan dari kalangan Muslim. Parti ini menjadi penentang nombor wahid penyebaran Islam di Switzerland. Dan Streich adalah sosok yang paling vokal menyeru penutupan masjid di seluruh Negeri Cokelat ini.

Streich mempropagandakan anti-Islam ke seluruh negara. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di Switzerland. Ia merasa mimbar dan kubah masjid tidak sesuai dengan budaya negara itu. Ia juga menuding Islam sebagai agama pengganas, pembuat onar, dan kekerasan.

Dalam usahanya menyingkirkan Islam dari Switzerland, lelaki ini malah mempelajari Al-Quran dan Islam. Ia berharap dengan memahami ajaran Nabi Muhammad itu, dia mampu meruntuhkan iman kaum Muslimin. Yang berlaku, ia malah terpesona dengan ajaran rahmatan lil 'alamin ini.

Semakin jauh Streich belajar Islam, semakin tenggelam dia dalam keindahan ad-Din samawi itu. "Banyak perbezaan saya dapatkan ketika mempelajari Islam. Ajaran Islam memberikan saya jawapan logik atas soalan hidup penting, dan tidak saya temui di agama saya, "katanya.

Presiden Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Abdul Majid Aldai mengatakan, orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan besar mengetahui Islam dan hubungan antara Islam dengan keganasan, sama halnya dengan Streich.

Dulu, Streich sering meluangkan masa membaca Alkitab dan pergi ke gereja, tapi sekarang ia membaca Al-Quran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Dia keluar dari SVP dan mengumumkan status Muslimnya. Streich bilang, dia telah menemui kebenaran hidup dalam Islam yang tidak dapat ia dapati dalam ajaran / keyakinan sebelumnya.

0 Responses to “Ahli politik pembenci masjid yang akhirnya bersujud”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam