Thursday, October 4, 2012

Janet Jackson Masuk Islam?

Penyanyi pop dunia, Janet Jackson dikhabarkan telah memeluk Islam. Khabar ini diperkuatkan pemberitaan National Enquirer yang mengangkat kehidupan Islam sang megabintang.

Dalam laporan utamanya, tabloid yang beredar khusus di swalayan Amerika Syarikat tersebut mengangkat tajuk berjudul; "Rahsia kehidupan muslim Janet Jackson". Guna memperkuat bahan pemberitaannya, tabloid tersebut memasang foto Janet yang tengah mengenakan penutup kepala yang menyerupai tudung berwarna hitam.

Masih menurut tabloid tersebut, Janet juga dikhabarkan akan segera melangsungkan pernikahan mewah dengan seorang jutawan Arab Saudi. Penikahan tersebut bakal diadakan dengan konsep super-mewah yang dianggarkan menelan kos 20 juta dolar AS (sekitar Rp 200 bilion).

Walaupun pilihannya menjadi mualaf disebut akibat pengaruh sang calon suami, namun Islam sejatinya bukan hal yang baru bagi adik Michael Jackson itu. Sang kakak, Jermaine Jackson, malah sudah lama menjadi mualaf. Eks personel Jackson 5 itu telah menukar namanya menjadi Mohammad Abdul Aziz.

0 Responses to “Janet Jackson Masuk Islam?”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam