Thursday, November 29, 2012

Bukti wanita Gaza adalah paling subur di dunia

Bom demografi Palestin terus menghantui Israel. Walaupun setiap bulan membunuh rakyat Palestin, penjajah Zionis yahudi laknatullah tidak mampu menghentikan kadar pertumbuhan penduduk Palestin yang terus meningkat. Angka kelahiran baru yang dikeluarkan Pejabat awam di Kementerian Dalam Negeri Gaza sekaligus menjadi bukti bahawa wanita Gaza adalah wanita paling subur di dunia.

Seperti dilaporkan oleh InfoPalestina, data menunjukkan perbandingan angka kelahiran dan kematian di Gaza adalah 15 berbanding 1. Sepanjang empat bulan terkini terdapat 14280 angka kelahiran baru. Terdiri dari 7329 bayi lelaki, atau 51.3 peratus dan 6955 bayi perempuan atau 48.6 peratus. Ertinya, lebih dari 155 angka kelahiran berlaku setiap harinya.

Sedangkan angka kematian dalam tempoh yang sama berjumlah mencapai 974 orang. 523 orang atau 53.6 peratus daripadanya adalah lelaki dan 451 orang atau 46.3 peratus adalah perempuan. Ertinya kematian di Gaza mencapai 10 orang setiap harinya.

Data sebelumnya menunjukkan wanita Gaza dikenali sebagai wanita paling subur di dunia. Tahap kesuburan di Gaza mencapai 6 bayi satu wanita. Angka itu jauh di atas paras kesuburan di Israel yang mencapai 2.6 bayi satu wanita.

Laporan UNICEF pada 3 Mac 2009 lalu juga menunjukkan Gaza mempunyai ramai berusia muda iaitu 793520 atau 56 peratus jumlah penduduk Gaza adalah anak muda. Sedangkan Israel mempunyai kadar peratusan usia tua yang tinggi.
Diterjemah dari sumber globalmuslim

0 Responses to “Bukti wanita Gaza adalah paling subur di dunia”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :detikislamblog@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam