Wednesday, November 14, 2012

‘Engkau Menggigitnya & Ia Menggigitmu,’ Ujar Rasulullah

Mari kita lihat kisah pernikahan Uqail bin Abu Talib dengan seorang wanita dari kalangan Bani Jasym. Seperti lazimnya upacara perkahwinan, tetamu-tetamu berdatangan. Dan seperti lazimnya upacara perkahwinan di masa sekarang, para tetamu ketika itu memberi ucapan selamat sekaligus sebagai do'a.

"Semoga bahagia dan banyak anak," kata para tetamu kepada pengantin laki-laki.

Menerima ucapan selamat seperti itu, Uqail akan teringat Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Kemudian ia berkata, "Jangan kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah SAW telah melarang hal tersebut."

"Kalau demikian," kata mereka, "apakah yang harus kami katakan, wahai Abu Zaid?"

"Katakanlah oleh kamu," jawab Uqail. "Semoga Allah membarakahi anda sekalian dan melimpahkan barakah kepada anda. Demikian yang diperintahkan kepada kita. "

Hadis ini mengajarkan kepada kita bahawa yang paling penting untuk dicari dalam perkahwinan bukan kebahagiaan. Yang paling penting justeru barakah, konsep yang sangat se-ring terdengar tetapi tidak banyak diketahui ertinya. Mendo'akan pengantin baru agar dapat mencapai perkahwinan yang bahagia dan sekaligus banyak anak dilarang (makruh). Sebaliknya, sunnah bagi kita mendoakan saudara kita yang berkahwin dengan do'a barakah. Mudah-mudahan perkahwinan itu barakah bagi pengantinnya dan barakah atas pengantin-nya, yakni barakah perkahwinan tersebut juga terasakan oleh orang-orang di sekelilingnya.

Kalau begitu, apakah "bahagia dan banyak anak" merupakan kata yang tabu dalam perkahwinan yang Islami? Bukan begitu. Melalui lisan suci Rasulullah SAW Islam justeru meÓngingatkan kita agar tidak melupakan kriteria memilih isteri agar dapat memperoleh kesenangan dan banyak anak.

"Kahwinilah wanita yang subur rahimnya (waluud) dan pencinta," sabda RasulullahSAW sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, An-Nasa'i dan Al-Hakim. "Sebab aku kelak berbanyak-banyak kepada umat-umat lain de-ngan kamu."

Rasulullah SAW juga pernah menganjurkan, "Pilihlah yang masih gadis kerana ia lebih manis mulutnya, lebih dalam kasih-sayangnya, lebih terbuka, dan lebih menginginkan kemudahan."

Yang dimaksudkan dengan "mulut manis" adalah ucapannya, kata Abdul Hamid Kisyik. Adapun yang dimaksudkan dengan "lebih dalam kasih-sayangnya" adalah banyak melahir-kan anak, terbuka, dan polos.

Ketika seorang sahabat memberitahu Rasulullah bahawa ia baru saja berkahwin dengan seorang janda, Rasulullah SAW mengatakan, "Mengapa tidak gadis yang ia boleh bermain denganmu, dan engkau boleh bermain dengannya, engkau menggigitnya dan ia menggigit kamu?" (HR An-Nasa'i, sahih).

Sebahagian sahabat Nabi memberi keterangan, Tetaplah kamu mengahwini gadis-gadis, sebab mereka lebih manis mulutnya, lebih rapat rahimnya, lebih hangat vaginanya, lebih sedikit tipuannya, dan lebih rela dengan nafkah yang sedikit.

Keterangan sahabat ini senada dengan hadis Nabi yang mengingatkan:

"Kahwinilah oleh kalian dara, sebab perawan itu lebih segar mulutnya, lebih subur rahimnya, lebih hangat faraj-nya, dan lebih rela dengan nafkah yang sedikit," (HR. Abu Na'im melalui Ibnu Umar ra. Semak Mukhtarul Ahaadits).

Yang dimaksudkan dengan lebih rapat rahimya (antaqu ar-haman) adalah banyak melahirkan. Umar bin Khaththab menganjurkan, "Perbanyaklah anak kerana kalian tidak tahu dari anak yang mana kamu mendapatkan rezeki."

Anak yang barakah adalah rezeki akhirat sekaligus rezeki dunia. Kita tidak tahu anak yang mana yang paling besar membawa rezeki, sehingga boleh mengangkat kita kepada kebahagiaan akhirat.

Masih ada hadis-hadis mengenai kesenangan-kesenangan yang boleh diperoleh ketika berkahwin dan perlu dipertimbangkan ketika akan melangkah ke sana. Allah SWT. juga telah berfirman, Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepa-danya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Surah Ar-Ruum [30]: 21).

Tetapi ada yang unik. Kita dilarang mendoakan orang yang berkahwin agar mendapat kebahagiaan dan banyak anak dalam perkahwinannya. Kita diminta untuk mendoakan me-reka semoga Allah membarakahi pengantin itu dan melim-pahkan barakah bagi mereka. Yang pertama, mendoakan agar mereka menjadi suami isteri yang penuh barakah, sehingga sekelilingnya ikut terkena barakahnya. Yang kedua, berdoa-kan agar mereka mendapatkan barakah. Wallahu A'lam bisha-wab.

Mengapa kita disuruh mendoakan dengan doa barakah dan tidak dengan do'a banyak anak, padahal ada beberapa anjuran untuk memperbanyak anak? Sekali lagi, Allahu A'lam bishawab. [Sumber: Kupinang dengan Hamdallah / Muhammad Fauzhiel adhiem]

0 Responses to “‘Engkau Menggigitnya & Ia Menggigitmu,’ Ujar Rasulullah”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam