Saturday, November 17, 2012

Pesawat tanpa awak Hamas tembusi Tel Aviv

Pesawat Tanpa Awak Hamas Tembus Tel Aviv
Tentera Israel melancarkan video yang mengandungi sebuah pesawat tanpa awak atau UAV (Unmanned Aerial Vehicle) yang diduga kuat milik Hamas berjaya menumbus wilayah udara Tel Aviv, Rabu (16/11). Demikian dilaporkan ynetnews.com, mengutip juru bicara Pejabat Angkatan Pertahanan Israel.

Selama operasi tunggak pertahanan, tentera Israel telah menumbangkan sekurang-kurangnya lapan pesawat tanpa awak Hamas serta kemudahan penyimpanan. "Kemampuan strategik yang sangat signifikan hancur," ujar jurucakap itu.

Pada Minggu Ini, tentera Israel menyerang gudang pesawat tanpa awak tersebut, yang menurut perkiraan Hamas, bakal digunakan dalam waktu dekat untuk menyerang negeri Zionis tersebut. Pada Rabu (14/11) malam Israel menyerang tempat simpanan UAV Hamas.

Sumber IDF mengakui salah satu kemajuan yang paling ketara Hamas adalah kemampuan strategi penghancurnya setelah jangka masa yang panjang. Perisikan Tentera Israel juga terus memantau perkembangan miiter Hamas.

Pembangunan pesawat tanpa awak seperti dalam video yang dikeluarkan itu menunjukkan kemajuan pembangunan dan pengoperasiaannya yang dilaburkan Iran, Syria dan Hamas. Pesawat tanpa awak itu mampu ke udara sehingga puluhan kilometer dari Semenanjung Gaza, hingga pusat bandar di Tel Aviv, yang meliputi kawasan metropolitan Tel Aviv.

Pesawat tanpa awak itu merupakan pembangunan yang paling maju. Bahkan mampu melakukan serangan secara tepat, jika dilengkapi dengan persenjataan. Selain itu boleh juga digunakan untuk mengumpul dana perisikan peringkat

tinggi

Hamas melabur usahanya secara besar-besarn dan sumber dayanya dalam pembangunan pesawat tersebut. Hamas baru-baru ini melakukan uji terbang untuk salah satu UAV di medan pendaratan-ditinggalkan di Jalur Gaza.

Mengudaranya pesawat tanpa awak Hamas di atas bandar Tel Aviv, merupakan pukulan perisikan yang menyakitkan bagi Israel. Namun, negeri Yahudi tersebut menolak dibilang terkejut atas kebobolan tersebut.

2 Responses to “Pesawat tanpa awak Hamas tembusi Tel Aviv”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam