Tuesday, November 20, 2012

Krisis Gaza: Jangan lupakan Allah! - Mesut Ozil

Sudah menjadi rahsia umum jika Mesut Ozil dikenali sebagai seorang muslim yang taat. Ozil mendapat didikan agama Islam dari keluarganya yang berasal dari Turki.

Selama ini, der Panzer Jerman ini dikenali gemar berdoa. Dia juga menjadikan rutin setahun sekali melawat makam keluarga mereka di Kota Devrek, Turki.

Selepas didedahkan foto jenazah seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan tentera zionis ketika bermain bola di jalan Gaza, Palestin, Ozil sangat simpati. Ozil tersentuh lantaran anak kecil itu terbunuh ketika mengenakan jersey Real Madrid bernombor 23 dengan nama Ozil. Bekas pemain Werder Bremen itu memuat naik satu gambar melalui instagram yang menarik perhatian pengikutnya.

Officialmesutozil10 yang mempunyai hampir 13 ribu pengikut, dia memuat naik foto sedang berdoa di tengah padang sebelum pertandingan. Dengan mengangkat kedua-dua tangannya, dia kelihatan khusyuk berdoa yang selalu dilakukannya setiap sebelum bertanding.

Tidak disebutkan melawan kelab yang mana, namun Ozil mengenakan jersi  pelawat Los Blancos. Dalam statusnya, pemain digerlar 'Si Burung Hantu' menulis, "If you forget God, He will also forget you (Jika anda melupakan Allah SWT, Dia juga akan melupakan anda)."

Tiba-tiba status itu mendapat komen banyak dari pengikutnya. "Semoga orang Islam seperti anda. Allahu Akbar. Terima kasih Allah telah memberkati Islam," begitu beberapa komentar pada status Ozil.

1 Responses to “Krisis Gaza: Jangan lupakan Allah! - Mesut Ozil”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam