Thursday, November 8, 2012

Lima Sebab Mengapa Yahudi Memilih Obama

Kedua-dua calon Presiden Amerika memang pro-Yahudi. Namun kemana sebenarnya warga Yahudi menjatuhkan pilihannya, masih menjadi tanda tanya. Tentu ada beberapa alasan yang menguatkan kaum Yahudi memilih salah satu calon. Sebuah kajian dilakukan oleh sebuah organisasi non partisan bernama iVoteIsrael, menyebutkan warga Yahudi di Amerika Syarikat yang menyokong calon presiden dari Parti Demokrat, Barack Obama. Sedangkan warga Amerika di Israel justeru menyokong calon presiden dari Parti Republik, Mitt Romney.

Berikut beberapa sebab mengapa pengundi Yahudi di Amerika yang memilih Obama.

1. Keselamatan Israel adalah suci
Barack Obama mengatakan di hadapan kumpulan lobi Yahudi di Amerika, American Israel Public Affairs Committee (AIPAC), keselamatan Israel adalah hal yang "suci" dan "tidak boleh dibantah".

2. Obama tidak bersetuju dengan Presiden Mahmud Abbas
Obama tidak bersetuju dengan langkah Presiden Palestin Mahmud Abbas untuk meminta pengakuan secara sepihak kepada PBB atas negara Palestin. Obama lebih mendorong wujudnya kemerdekaan Palestin melalui rundingan antara Palestin dan Israel.

Tentu saja hal itu boleh dikatakan mustahil. Rundingan di antara kedua-dua pihak kerap mentok di tiga isu utama, iaitu sempadan sebelum 1967, pemulangan pelarian Palestin, dan Jerusalem Timur sebagai ibu kota negara Palestin.

3. Obama tidak mendesak Israel menamatkan sekatan Jalur Gaza Palestin
Obama memang menolak pembangunan penempatan Yahudi, tapi dia tidak boleh memaksa Netanyahu untuk membongkar semua penempatan haram itu di Tebing Barat. Obama juga tidak mendesak Israel merobohkan Tembok Pemisah. Dinding sekatan ini sudah dibina sejak satu dekad lalu dan bakal melalui seluruh wilayah di Tebing Barat. Panjangnya lebih daripada 750 kilometer.

4. Obama menyokong Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel
Obama ikut mendorong agar piagam Parti Demokrat memasukkan kembali pengakuan soal Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Dia tetap mempertahankan undang-undang yang mewajibkan Rumah Putih memindahkan kedutaan besar mereka dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. Hingga saat ini, akta itu belum dilaksanakan kerana isu itu sangat sensitif dan boleh memberi kesan amat serius.

5. Obama membina gudang senjata di Israel
Obama menjadi presiden pertama Amerika yang membina gudang senjata di Israel setahun selepas dia terpilih. Tel Aviv cukup memberi tahu saja tanpa perlu izin buat menggunakan semua senjata dan peluru di gudang itu. sumber  
sm/islampos/shabestan

0 Responses to “Lima Sebab Mengapa Yahudi Memilih Obama”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam