Saturday, November 24, 2012

Perbandingan besar percapaian pejuang HAMAS dengan tentera YAHUDI laknatullah

Selepas seminggu serangan keatas Gaza barangkali banyak meninggalkan tanda tanya dalam benak semua komuniti di dunia. Bagaimana Hamas selama ini mempertahankan diri dari serangan Israel selama serangan biadab itu berlaku.

Pertama, Kita semua tahu, sebelum ini Gaza sudah dikepung dan disekat oleh tembok-tembok besar sepanjang 750 KM dengan ketinggian 8 meter dan di setiap 10 meternya tentera Israel sudah bersiap sedia di atas pos kawalan untuk menembak siapa saja warga Palestin terutama Hamas yang cuba mendekati tembok tersebut. Ketika perang darat bermula, kedudukan Hamas dalam kedudukan terkurung dan sama sekali tidak mempunyai kawasan lain sebagai laluan alternatif untuk menyelamatkan diri. Sementara Israel menguasai semua wilayah di sekeliling Gaza.

Kedua, secara persenjataan perbandingan Hamas dengan Israel sangat menyedihkan. Ketika ini, Tentera Yahudi laknatullah menduduki tempat ke empat dalam sistem pertahanan keamanan dunia selepas AS, China dan Britain. Ini belum termasuk bantuan ketenteraan yang diberikan oleh Amerika untuk menyokong serangan Tentera laknat ini. Perang Gaza pada tahun 2009 misalnya AS telah membekalkan tidak kurang dari 60000 tan senjata. Bantuan ini dihantar melalui beratus-ratus kontena, dan banyak pemerhati mengatakan bahawa inilah bantuan AS yang terbesar sepanjang sejarah kepada Israel.

Hamas ketika ini hanya mempunyai 15000 pejuang. Sedangkan Israel mempunyai 130000 tentera yang aktif, dan 400000 lainnya adalah tentera simpanan laknatullah. Hamas membuat roket sendiri yang bergantung dari barangan terpakai. Rangka roketnya diperbuat daripada bekas tiang elektrik, kabel-kabel sambungan litarnay dibuat dari kabel yang ada di rumah, bahan bakar roketnya diperbuat dari gula, dan kepala peledaknya dibuat dari bahan kimia sederhana yang mereka racik sedemikian rupa. Selain itu, bekalan bahan mentah senjata juga mereka dapatkan melalui ratusan terowong yang mereka buat yang merentasi sempadan.

Ketiga, selama pencerobohan tahun 2009, Israel menghancurkan sekitar 200 terowong, dan Israel mengatakan bahawa mereka sudah menghancurkan seluruh terowongan yang dimiliki Gaza. Hakikatnya sehingga kini jumlah yang  masig ada tidak kurang 800 terowong di Gaza yang dibina oleh Hamas dan cuma 200 terowong yang telah hancur digasak tentera zalim yahudi laknatullah. Hamas berkata hanya memerlukan sekitar 3 bulan untuk memperbaikinya.

Keempat, secara fizikal, Hamas dan Jalur Gaza lah yang telah banyak mengalami kerugian. Tetapi harus diingat, bahawa bukan pihak Hamas yang pertama kali meminta gencatan senjata. Di tahun 2009, Hamas telah melawan dengan sengit dan ini menyebabkan tentera yahudi laknatullah menarik diri dari terus berperang. Gencatan senjata pun diumumkan secara sepihak oleh pihak negara haram Israel. Lima minit sebelum tentera yahudi laknatullah mengumumkan gencatan senjata, Hamas masih melancarkan roketnya ke wilayah haram laknatullah Israel. Sepanjang perang Gaza empat tahun lalu itu, Hamas telah melancarkan sekitar 900 roketnya dan itu hanya merupakan 1% dari jumlah keseluruhan roket yang mereka miliki.

Kelima, di tahun 2009 sasaran serangan tentera yahudi zionis laknatullah terhadap Jalur Gaza dalam pelan peperangan mereka hanya diperuntukkan untuk masa 3 hari sahaja. Tetapi seminggu sudah berlalu Gaza masih belum ditewaskan dan Israel ditimpa malu kerana mereka sudah menjemput beberapa pemimpin dunia seperti PM Jerman untuk meraikan kejayaan mereka menakluki Gaza. Namun bahkan sehingga 22 hari selepas itu serangan tentera yahudi laknatullah tidak pernah memberikan hasil bermakna. Malah dengan jangka masa panjang pencerobohan yang membabi buta itu, Israel menjadi sasaran kemarahan dan kebencian masyarakat dunia.

2 Responses to “Perbandingan besar percapaian pejuang HAMAS dengan tentera YAHUDI laknatullah”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam