Thursday, November 29, 2012

Terkini: 964 tentera rejim Assad terbunuh ditembak rakan sendiri

islampos, suriah, berita dunia
Pertembungan sengit antara pejuang pembebasan Syria dari brigade Jaisyul Hurr dengan tentera rejim laknatullah Bashar Al-Assad di daerah Jabal Turkman di Barat laut wilayah Latakia Syria, selama seminggu terakhir telah menewaskan hampir seribu pasukan setia rejim Assad, sementara dari pihak mujahidin 30 orang gugur syahid (Insyallah ) dalam pertempuran yang berlaku di tengah cuaca yang sangat sejuk dan disertai angin kencang.

Sukarelawan Hasi melaporkan saksi seorang paramedik tempatan bernama Hammad telah memberitahu bahawa angka korban lebih ramai dari pihak tentera laknatullah rejim Bashar Al-Assad disebabkan oleh tembakan sesama rakan mereka sendiri atau friendly fire.

"Terjadi friendly fire oleh tentera Bashar," kata Hammad, seorang paramedik tempatan yang mempunyai ramai kenalan para Mujahidin.

"Ketika itu Mujahidin sedang berhadapan dengan tentera Bashar Al-Assad. Tiba-tiba datang bantuan tentera rejim Assad dari arah belakang Mujahidin. Mereka terkepung, "tambah Hammad.

"Alhamdulillah, pasukan Bashar yang melihat bala bantuan yang datang, mengira mereka adalah Mujahidin. Akibatnya, mereka saling tembak menembak. 964 tentera Assad terbunuh dalam 4 hari terakhir. Sementara dari pihak Mujahidin, 30 orang syahid (Insyallah), "kata Hammad.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com

0 Responses to “Terkini: 964 tentera rejim Assad terbunuh ditembak rakan sendiri”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam