Alhamdulillah, lapan orang pemain Islam dalam pasukan Manchester City

Sebelum ini, Daily Mail mengulas mengapa pengurusan Newcastle United komited membina surau di Sports Direct Arena.

Pengurus the Magpies, Alan Pardew menghormati lapan pemain Muslim yang memperkuatkan pasukan Newcastle. Kini Newcastle disebut sebagai kelab Liga Primer Inggeris yang mempunyai pemain Muslim terbanyak.

Kini anggapan itu tidak lagi kerana Manchester City juga mempunyai lapan pemain Muslim. Empat di antaranya yang sering membarisi 11 pemain utama. 

Malah kerana ingin memberikan peluang mengembangkan pengalaman, pengurus Roberto Mancini meminjamkan pemain itu kepada kelab lain.

Selain Habib Kolo Toure dan Yaya Toure, Samir Nasri, dan Edin Dzeko, penggawa the Citizens yang beragama Islam adalah Abdisalam Ibrahim, Mohammed Abu, Abdul Razak, dan Karim Rekik. 

Dua nama terakhir ini ada dalam senarai pemain simpanan semasa juara bertahan Liga Primer Inggeris itu menewaskan Newcastle, 3-1 pada hujung minggu lalu.

Abdul Razak adalah pemain Liga Ivory Coast berusia 20 tahun. Sedangkan Karim Rekik baru berusia 18 tahun dan merupakan pemain pertahanan dalam Liga Belanda U-19 keturunan Tunisia. Bersama Razak, Rekik dilihat sebagai pemain masa depan City.

Abdisalam sekarang ini dipinjamkan ke Stromsgodset bermain di Liga Norway. Meskipin lahir di Mogadishu Somalia, pemain tengah berusia 21 tahun itu menjadi dukungan utama Liga Norway sejak U-15 hingga U-21.

Sementara, Mohammed Abu dipinjamkan ke Rayo Vallecano untuk menimba pengalaman di La Liga Sepanyol. Jumlah pemain tengah yang ramai membuat kan pemain berusia 21 tahun itu harus tersingkir dari pasukan City musim ini.
Satu lagi kewujudan pengarah eksekutif pembangunan bola sepak yang juga bekas pemain City, Patrick Vieira membuatkan kesan Islam di kelab itu semakin jelas.

Sejak Sheikh Mansour menguasai Manchester City, ahli perniagaan dari Emiriah Arab Bersatu itu banyak mengeluarkan polisi yang memberikan pemain Muslim menjalankan ibadahnya dengan lebih selesa. Membolehkan pemain berpuasa Ramadan semasa pertandingan adalah salah satunya.

Comments