Thursday, December 20, 2012

Dua kisah nikah Muta'ah

Nikah mut'ah adalah pernikahan tanpa batas dengan melanggar aturan-aturan syariat yang suci. Mut'ah ini telah melahirkan banyak kisah pilu. Tidak jarang pernikahan ini menghimpun antara anak dan ibunya, antara seorang wanita dengan saudaranya, dan antara seorang wanita dengan makciknya, sementara dia tidak menyedarinya. Di antaranya ialah apa yang dikisahkan Sayyid Husain Al Musawi. Ia menceritakan...

Kisah pertama

Seorang perempuan datang kepada saya bertanya tentang peristiwa yang terjadi terhadap dirinya. Dia menceritakan bahawa seorang tokoh, iaitu sayid Husain Shadr pernah nikah mut'ah dengannya dua puluh tahun yang lalu, dan dia hamil daripada perkahwinan tersebut. Setelah puas, dia menceraikan saya. Setelah beberapa waktu saya telah dikurniakan seorang anak perempuan. Dia bersumpah bahawa dia hamil dari hasil hubungannya dengan Sayid Shadr, kerana pada saat itu tidak ada yang nikah mut'ah dengannya kecuali Sayid Shadr.

Selepas anak perempuan saya meningkat dewasa, dia menjadi seorang gadis yang cantik dan bersedia untuk bernikah. Namun si ibu mendapati bahawa anaknya itu telah hamil. Ketika ditanya tentang kehamilannya dia memberitahu bahawa Sayid Shadr telah melakukan mut'ah dengannya dan dia hamil akibat mut'ah tersebut. Si ibu tercengang dan hilang kawalan diri lalu mengkhabarkan kepada anaknya bahawa Sayid Shadr adalah ayahnya. Lalu dia menceritakan lagi mengenai pernikahannya (ibu wanita) dengan Sayid Shadr dan bagaimana boleh hari ini Sayid Shadr berkahwin dengan anaknya dan anak Sayid Shadr juga?!

Kemudian dia datang kepadaku menjelaskan tentang sikap tokoh tersebut terhadap dirinya dan anak yang lahir darinya. Sesungguhnya kejadian seperti ini sering terjadi.

Salah seorang dari mereka melakukan mut'ah dengan seorang gadis yang di kemudian hari diketahui bahawa dia itu adalah anak dari hasil nikah mut'ah. Sebagaimana mereka juga ada yang melakukan nikah mut'ah dengan isteri bapanya.

Di Iran, kejadian seperti ini telah banyak berlaku. Kami membandingkan kejadian ini dengan firman Allah Ta'ala, "Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian (diri) nya sehingga Allah mampukan mereka dengan kurnia-Nya." (Surah An-Nur: 33)

Kalaulah mut'ah dihalalkan, nescaya Allah tidak akan memerintahkan untuk menjaga kesucian dan menunggu hingga tiba waktu dimudahkan baginya untuk urusan pernikahan tetapi Dia akan menganjurkan untuk melakukan mut'ah demi memenuhi keperluan fitrah daripada terus-menerus diliputi dan dibakar oleh api syahwat.
Kisah kedua

Suatu masa saya duduk bersama Imam Al-Khaui di pejabatnya. Tiba-tiba datang dua orang lelaki menemui kami dan mereka mengemukakan suatu masalah. Keduanya bersepakat untuk bertanya kepada Imam Al Khaui untuk mendapatkan jawapan darinya.

Salah seorang di antara mereka bertanya, "Wahai sayid, apa pendapatmu tentang mut'ah, apakah ia halal atau haram?"

Imam Al Khaui melihat lagaknya, dia menangkap sesuatu dari pertanyaannya, kemudian dia berkata kepadanya, "Di mana kamu tinggal?" Maka dia menjawab, "Saya tinggal di Mosul, kemudian tinggal di Najaf semenjak sebulan yang lalu."

Imam berkata kepadanya, "Kalau demikian bererti anda adalah seorang Sunni?"

Pemuda itu menjawab, "Ya!"

Imam berkata, "Mut'ah menurut kami adalah halal, tetapi haram menurut kalian."

Maka pemuda itu berkata kepadanya, "Saya berada di sini semenjak dua bulan yang lalu merasa kesepian, maka nikahkanlah saya dengan anak perempuan dengan cara mut'ah sebelum saya kembali kepada keluargaku."

Maka sang imam terbelalak matanya seketika, kemudian berkata kepadanya, "Saya adalah ketua dan hal itu haram atas para pembesar, tetapi halal bagi kalangan awam dari orang-orang Syiah."

Si pemuda menatap Al Khaui sambil tersenyum. Pandangannya mengisyaratkan akan pengetahuannya bahawa Al Khaui sedang mengamalkan taqiyah (berbohong untuk membela diri).

Kedua-dua pemuda itu pun berdiri dan pergi. Saya meminta izin kepada Imam Al Khaui untuk keluar. Saya menyusul kedua pemuda tadi. Saya mengetahui bahawa penanya adalah seorang Sunni dan sahabatnya adalah seorang Syi'i (pengikut Syiah). Keduanya berselisih pendapat tentang nikah mut'ah, apakah ia halal atau haram? 

Keduanya bersepakat untuk menanyakan kepada rujukan agama, iaitu Imam Al Khaui. Ketika saya bercakap dengan kedua pemuda tadi, pemuda yang berfahaman Syiah memberontak sambil berkata, 

"Wahai orang-orang durhaka, kamu sekalian membolehkan nikah mut'ah kepada anak-anak perempuan kami, dan memberitahu bahawa hal itu halal dan dengan itu kamu mendekatkan diri kepada Allah, tetapi kamu mengharamkan kami untuk nikah mut'ah dengan anak-anak perempuan kamu? "

Maka dia mula memaki dan mencaci serta bersumpah untuk berpindah kepada mazhab ahlussunnah, maka saya pun mula menenangkannya, kemudian saya bersumpah bahawa nikah mut'ah itu haram kemudian saya menjelaskan tentang dalil-dalilnya.

Sumber: Al Musawi, Sayid Husain. 2008. Mengapa Saya keluar dari Syiah. Pustaka Al Kautsar, Jakarta.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com

1 Responses to “Dua kisah nikah Muta'ah”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam