Jet pejuang Assad serang masjid di kem pelarian Palestin, 25 orang terbunuh

Foto AFP
Jet pejuang Syria dilaporkan mengebom kem Yarmouk Palestin di Damsyik pada hari Ahad (16/12/2012), menyebabkan sekurang-kurangnya 25 orang yang berlindung di sebuah masjid terbunuh. Tidak ada maklumat lebih lanjut berkenaan nama masjid tersebut.

Wilayah itu selama ini didakwa sebagai salah sebuah tempat di mana para Mujahidin Syria berjuang.

Serangan itu merupakan sebahagian daripada kempen perang yang disuarakan oleh Presiden Bashar al-Assad yang selama sebulan untuk terus berusaha megempur para pejuang yang ingin menggulingkannya.
serangan rejim di kem pelarian Palestin di Yarmouk selatan Damsyik
Yarmouk setelah dikuasai oleh para pejuang, dijadikan sebagai laluan utama untuk masuk ke benteng utama Assad di Syria. Wilayah ini juga menjadi salah satu tempat pelarian dari Gaza.
Para pejuang mengatakan bahawa kematian di Yarmouk lebih banyak menimpa para pelarian Palestin yang telah melarikan diri di pinggir bandar.

Jet itu sendiri nampak jelas sejak awal memang menyerang masjid.

Comments