Sunday, December 16, 2012

Menanti detik-detik khilfah di Syria

Mungkin benar mengikut laporan berita terbaru bahawa rejim Bashar al-Assad di Damsyik semakin hari semakin berputus asa dalam menghadapi serangan oleh para pejuang Syria yang tidak pernah berhenti melakukan serangan. Tidak hairan jika Assad jadi gelap mata, dan bersedia untuk menggunakan senjata kimia terhadap rakyat negaranya sendiri.

Assad sendiri, semua broker kuasa utama dalam pemerintahannya dan hampir semua pegawai tentera negara itu sudah menyakini bahawa perang ini adalah masalah "membunuh atau dibunuh".

Para Alawiyah di Syria mempunyai para pembela di dunia Arab, baik kerana sifat ortodoks agama Syiah, yang telah direvolusikan menjadi Revolusi Islam (harap dicatat-ini hanya sekadar nama sahaja!) sejak akhir 1960-an. Secara keseluruhannya, Damsyik ketika ini dilihat sebagai kepingan kepentingan Iran di wilayah tersebut. Namun, kejatuhan rejim Assad yang masih jauh dari jantungnya tidak akan banyak membuat dunia Arab berkabung, di luar Tehran dan di kalangan Hizbullah.

Apakah kejatuhan rejim Syiah Assad akan dirayaikan oleh pihak Barat? Ini masih jadi soalan besar.

Para ekspatriat yang ada di Syria sudah lama menyingkir. Orang-orang yang pada akhirnya akan mengambil alih kuasa di Syria adalah lelaki bersenjata yang menguasai jalan-jalan di desa dan di bandar. Pembunuhan yang mereka alami membuat mereka tidak berbicara dengan suara kerana mereka hanya ingin melindungi keluarga mereka dan masyarakat dari serangan tentera-tentera rejim Assads.

Bagaimana dengan kewujudan Al-Qaeda di bumi Syria? Momok mengatakan mujahid menyusup sebagai pembangkang di Syria dan kemudiannya berkuasa di Damsyik adalah fikiran yang sangat mustahil, bahkan terlalu mengada-gada. 

Banyak dari para pejuang ketika ini berjuang menentang rejim Syria mengasah kemahiran gerila mereka di Iraq. Belajar teknik pertempuran di bandar juga di Iraq dari 2003 hingga 2007. Mereka yang tidak terbunuh di Iraq memilih kembali ke Syria dan mengangkat senjata melawan rejim mereka sendiri. Kemampuan mereka untuk membunuh sejumlah besar pasukan rejim dari awal  perang bermula merupakan indikasi kemahiran mereka sudah lalui.

Juga selepas beberapa bulan berjuang, dan mungkin masih panjang lagi perang akan tamat di Syria, para pejuang Mujahidin Syria dengan penderitaan dan kepentingan yang sama sudah mencapai satu tekad besar. Selepas Assad tumbang, Damsyik akan menjadi tempat pertama Islam ditegakkan dengan bendera perang bukan melalui parlimen dan undang-undang. Tidak hairan jika Amerika sudah mula tiba diperairan laut arab dan menghantar sebahagian induk kapal perangnya di sekitar Syria. Siapa tahu Subuh lah yang akan berdebum di Syria esok hari.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com

3 Responses to “Menanti detik-detik khilfah di Syria”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam