Rejim Syiah Iraq kembali tangkap ulama Islam

Hakikat kita telah ketahui, Iraq kini dicengkam oleh mereka beragama Syiah dengan bantuan Amerika selepas Perang Teluk...nasib orang Islam di Iran juga akan berlaku di Iraq

Rejim rasis Syiah Iraq kembali menangkap seorang ulama sunni dan khathib masjid. Kebiadaban rejim Syiah Nouri Al-Maliki yang menindas penduduk muslim sunni semakin meningkat.

Rejim Syiah Nouri Al-Maliki menangkap Syeikh Dhahir al-Masyhadani, seorang imam dan khatib pada masjid jami 'Zainul Abidin di bandar Tharimiah pada Sabtu pagi (29/12/2012), demikian laporan agensi berita Mufakkirat Al-Islam.

Penangkapan ulama dan tokoh muslim sunni ini merupakan sebahagian daripada polisi rasis rejim Syiah Iraq sokongan Syiah Iran yang menangkap, membunuh, memenjarakan dan menindas penduduk muslim sunni. Kebiadaban rejim Syiah Iraq telah membangkitkan demonstrasi anti rejim di sebahagian besar wilayah dengan penduduk majoriti muslim sunni Arab, Kurdistan dan Turkman.

Seorang ahli politik Iraq, Iwadh Al-Abdan menyatakan bahawa rejim Al-Maliki telah mengarahkan Jabatan Undang-undang dan Jabatan Luar Negeri untuk menutup semua maklumat tentang keadaan ribuan warga muslim sunni yang dipenjarakan secara zalim oleh rejim.

"Para penunjuk perasaan di wilayah Anbar telah menutup jalan raya yang menghubungkan dengan Syria. Hal ini bererti memotong bantuan-bantuan (rejim Syiah Iraq) kepada rejim Syria. Ini merupakan awal kerjasama antara kedua-dua revolusi," kata Al-Abdan kepada wartawan Mufakkirat Al-Islam via sambungan satelit.

Al-Abdan juga menyeru kepada para pelarian Iraq di Syria untuk segera menyokong revolusi Syria dan bergabung dengan mujahidin FSA serta memberikan segala hal yang mereka mampu untuk menyokong para revolusioner Syria.

Lebih dari 700 ribu warga muslim sunni Iraq tinggal di Syria. Majoriti mereka diusir dari wilayah-wilayah sunni di Iraq oleh penindasan militia-militia Syiah Iraq sokongan Iran.

Comments