Friday, January 4, 2013

855 pelarian Palestin syahid di Syria akibat kekejaman rejim Syiah Assad sejak 2011


Jumlah syuhada Palestin di kem-kem pelarian di Syria terus meningkat sejak bermula konflik antara tentera Assad dengan orang awam. Hingga ketika ini menurut sebuah badan antarabangsa untuk pelarian Palestin, korban dari pihak pelarian Palestin mencapai angka 855 orang.

Sementara pengeboman dan pengepungan kem pelarian Palestin Yarmuk di Damsyik masih terus berlaku.

Kem pelarian Yarmuk yang terkena ledakan api dan tembakan oleh pasukan yang setia kepada rejim Syria, menyebabkan kerosakan yang ketara di kem.

Jawatankuasa koordinasi dari kem pelarian Yarmuk menyatakan bahawa pasukan rejim, yang ditempatkan di berek al-Thawri Sufian di persekitaran al-ka'a telah melancarkan puluhan mortar di kem-kem pelarian Yarmuk untuk hari kedua di tahun baru ini secara berturut-turut.

Dalam perkembangan lain, sumber-sumber media menegaskan bahawa tentera Israel mula membina "tembok keselamatan" baru di sepanjang kawasan sempadan antara Golan yang diduduki dan selebihnya merampas dari wilayah Syria.

Sumber tersebut memberitahu bahawa Kementerian Pertahanan Israel berusaha untuk menyelesaikan pembinaan tembok keselamatan sebelum jatuhnya rejim Assad, untuk sebarang kemungkinan serangan ke atas rakyat Israel dari wilayah Syria.

Tembok keselamatan ini akan dibina dari daerah Hamma hingga ke Quneitra-sempadan sebelah utara dari Golan yang diduduki.

Perlu dicatat bahawa pembinaan tembok di sempadan Syria dan Jordan menunjukkan bahawa pihak berkuasa pendudukan mula hidup di daerah yang terpencil. Daerah yang sengaja ditutup dari semua sisi, kecuali dari arah laut.
Diterjemahkan dari sumber islampos


0 Responses to “855 pelarian Palestin syahid di Syria akibat kekejaman rejim Syiah Assad sejak 2011”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam