Thursday, February 21, 2013

Negara Syiah kini berperang lawan tikus

Negara Syiah Iran yang 'khabarnya' terus menentang usaha Barat agar mereka dapat menyelesaikan projek nuklearnya, nampaknya kini telah ditugaskan oleh 'musuh' baru.

Times London melaporkan pada hari Selasa (19/2/2012) bahawa Badan Persekitaran Tehran ketika ini tengah berurusan dengan 'tentera' tikus yang bermaharajalela di 26 daerah di Teheran.

Menurut agensi tersebut, kerana racun yang digunakan untuk membunuh kawanan tikus kurang berkesan, akhirnya pasukan penembak tepat dikerahkan sebagai gantinya.

"Makhluk-makhluk ini telah tumbuh secara resisten terhadap racun tikus, sehingga dewan penanggulangan bencana Iran beralih ke cara yang tidak konvensional. Mereka telah mengarahkan 10 penembak tepat yang keluar pada waktu malam untuk memburu kawanan Tikus dengan senapang yang dilengkapi dengan teropong infra-merah, "Times melaporkan.

"Kami menggunakan racun kimia untuk membunuh tikus pada siang hari, dan penembak tepat pada waktu malam, seolah-olah ini menjadi seperti perang," kata Muhammad Hadi Heydarzadeh, Ketua Badan Lingkungan Hidup Tehran.

Menurut laporan itu, tikus yang diburu oleh pasukan penembak tepat, mempunyai berat 4.5 kilogram, jauh lebih berat dari tikus biasa. Kawanan tikus 'raksasa' ini menduduki wilayah Vali Asr, di mana jalan-jalan di bandar in dipenuhi dengan restoran dan gerai makanan segera.

Ismail Kahram, pensyarah universiti dan penasihat lingkungan bandar, mengatakan kepada laman Qudsonline.ir bahawa "Tikus-tikus ini nampaknya mempunyai mutasi genetik, mungkin sebagai akibat dari radiasi dan bahan kimia yang digunakan pada mereka."

"Mereka (tikus) sekarang jauh lebih besar dan kelihatan berbeza. Ini adalah perubahan yang biasanya memerlukan evolusi selama berjuta-juta tahun. Berat mereka telah melonjak dari 60 gram, kini mencapai lima kilogram. Bahkan, kucing sekarang lebih kecil daripada tikus-tikus ini, "kata Kahram.

0 Responses to “Negara Syiah kini berperang lawan tikus”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam