Sunday, February 24, 2013

Sesat! Kedudukan Imam-imam Syiah lebih terhormat daripada para Nabi

Imam_Khomeini_by_SAEED_ART
Sebagai penganut Syiah, Khomeini dalam mengamalkan keyakinannya lebih cenderung memilih pendapat orang-orang yang melampau di kalangan para penganut Syiah. Di antara yang menunjukkan hal tersebut adalah perkataannya yang ia sandarkan kepada orang-orang Syiah yang ekstrem dalam menetapkan keutamaan para wali mereka hingga melebihi keutamaan para nabi Allah dan rasul-rasul-Nya.

Khomeini berkata, "Sesungguhnya di antara perkara yang termasuk paling urgen dalam mazhab kami, bahawasanya imam-imam kami mempunyai kedudukan yang tidak boleh dicapai oleh para malaikat yang didekatkan dan tidak pula para nabi yang diutus .... Telah diriwayatkan dari mereka 'alaihimus salam (imam-imam Syiah-pent.) "Bagi kami keadaan-keadaan tertentu bersama Allah yang tidak dapat dicapai oleh para malaikat yang didekatkan, demikian pula para nabi yang diutus." (Lihat al-Hukumah al- Islamiyah hal. 52, karya Khomeini).

Khomeini juga berkata tentang salah seorang imam mereka yang hingga saat ini masih ghaib dan terus ditunggu-tunggu, "Telah datang para nabi seluruhnya untuk meneguhkan prinsip-prinsip keadilan, tapi mereka tidak berjaya. Bahkan Nabi Muhammad sekalipun, penutup para nabi yang datang untuk memperbaiki kehidupan manusia. Sesungguhnya, orang yang akan berjaya mewujudkan hal tersebut hanyalah al-Mahdi al-Muntazhar. "(Di antara isi khutbah Khomeini yang disampaikan dalam acara peringatan Maulid al-Mahdi pada tarikh 15 Syaaban 1400 H).

Bahkan Khomeini telah melontarkan tuduhan keji terhadap Nabi bahawa beliau tidak menyampaikan risalah Islam dengan betul. Khomeini berkata dalam salah satu bukunya, "Fakta menunjukkan bahawa sekiranya Nabi telah menyampaikan persoalan imamah sesuai perintah Allah dan mencurahkan segenap potensi yang baik dalam hal ini, mustahil akan berkecamuk perselisihan, pertengkaran, dan peperangan. Demikian pula, tidak akan terjadi perpedaan-perbezaan dalam perkara pokok mahupun cabang dalam agama ini. "(Lihat Kasyf al-Asraar hal. 55).

Demikian pula, Khomeini telah menyematkan bagi imam-imam Syiah dengan sitat-sifat ketuhanan. Khomeini berkata, "Sesungguhnya atas para imam kedudukan yang terpuji dan khilafah yang terbentuk. Tunduk terhadap pemerintahan dan kekuasaannya semesta alam. "

Adapun para nabi, maka Khomeini menyifati mereka 'alaihimus salam dengan sifat lemah. Khomeini berkata, "Dan kita katakan bahawa para nabi tidak diberi taufiq dalam melaksanakan maksud dan tujuan mereka diutus. Dan bahwasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala akan mengutus di akhir zaman seseorang yang akan menyelesaikan malasalah-masalah para nabi. "Seseorang yang mereka maksudkan adalah imam mereka yang masih ghaib.

3 Responses to “Sesat! Kedudukan Imam-imam Syiah lebih terhormat daripada para Nabi”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam