Kematian Mustafa Kamal Ataturk

540763_493397274031270_1309302794_n
Mustafa Kamal Ataturk adalah pengasas Republik Turki. Dia diangkat sebagai pemimpin revolusi, negarawan dan Presiden Turki yang pertama.

Ataturk juga yang memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan membawa Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular.

Ataturk memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Di saat kematiannya, ada beberapa penyakit yang dihadapinya iaitu

1. Diserang penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal di seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa.

Pada 26 September 1938, dia pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar semula tetapi kemudian hilang ingatan secara kekal.

Pada 9 November 1938, dia pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu dia meninggal, dikhabarkan bahawa tidak ada seorang pun yang hendak memandikannya, mengapan dan mensolatkannya. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuannya datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengapan dan mensolatkannya.

Menurut banyak sumber, ketika dibawa ke perkuburan, mayatnya tidak boleh dimasukkan ke liang lahad. Disebabkan itu, akhirnya orang yang terlibat menguburkan mayatnya, mengawetkan semula mayat Ataturk sekali lagi dan dimasukkan ke muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun atau hingga tahun 1953.

Selepas 15 tahun, kerja menguburkan mayat dilakukan semula namun masih juga buntu. Akhirnya, jenazahnya dibawa ke satu bukit dan ditanam dalam satu bangunan marmar yang beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Diterjemahkan dari sumber islampos

p/s: Ikhtibar bagi pemimpin yang menolak hukum Islam dan pemimpin zalim

Comments