Sunday, March 17, 2013

Suhu terpanas bumi berlaku pada zaman Firaun

Kajian terbaru yang dilakukan penyelidik dari Amerika Syarikat, mendedahkan bahawa di zaman Firaun (ribuan tahun lalu) iklim dunia mencapai titik terpanas berbanding suhu Bumi saat ini.

Dari The register, Rabu (13/3/2013), kajian terbaru ini disokong oleh National Science Foundation untuk mengungkap suhu Bumi di masa lalu. Kaedah analisis ini meliputi serbuk sari purba, teras ais, kerang dari organisma laut dan sebagainya.

Salah satu hasil dari kajian ini ialah bahawa suhu mulai dari 2000-2009 belum melebihi suhu terpanas dari awal zaman Holosen (5000 hingga 10 ribu tahun lalu). Wikipediamenerangkan, Holosen merupakan skala waktu yang berlangsung antara 9560 hingga 9300 sebelum masehi.

"Dalam 100 tahun terakhir, peningkatan karbon dioksida melalui pengeluaran meningkat dari kegiatan manusia," ungkap penyelidik Shaun Marcott dari Oregon State University. Diyakini sekira 5000 tahun lalu, Bumi diketahui lebih hangat berbanding saat ini.

Saintis percaya bahawa terdapat "tempoh hangat abad pertengahan" yang berlaku kira-kira seribu tahun lalu. Saintis dari Johannes Gutenberg-Universitat di Mainz, Jerman juga pernah meneliti tentang suhu Bumi ribuan tahun lalu.

Beberapa saintis bersetuju tentang hasil Marcott. Mereka berkata, di zaman pertengahan (Medieval) dan masa kejayaan Rom suhu Bumi juga panas. Dalam kajian lain, diyakini bahawa pemanasan global dijangka hanya berlangsung dalam abad ini, yang menandakan peningkatan permukaan laut pada skala meter atau lebih hingga tahun 2100.

0 Responses to “Suhu terpanas bumi berlaku pada zaman Firaun”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam