Bahasa Arab merupakan bahasa ke-2 di Australia

Australia’s Arab Film Festival seeks films
Bahasa Arab sering digunakan sebagai bahasa perbualan kedua selepas bahasa Inggeris di kalangan golongan muda di Australia.

Satu kajian terbaru mendedahkan seorang setiap lapan kanak-kanak yang mampu berbual dalam beberapa bahasa, menggunakannya di rumah.

Indeks Pembangunan Awal Australia (AEDI), kajian yang mendapat sokongan kerajaan membabitkan 260,000 kanak-kanak tahun pertama persekolahan, mendapati 18 peratus berbual dalam satu bahasa selain Inggeris.

Walaupun tiada negara Arab menduduki 15 tangga teratas negara kelahiran kanak-kanak di Australia, seramai 5,565 menggunakan bahasa berkenaan di rumah, 11.8 peratus lagi oleh kanak-kanak yang menguasai beberapa bahasa.

Bahasa Vietnam juga banyak digunakan dengan 8.4 peratus, diikuti Greek, dialek Cina dan Hindi di mana kurang 5.0 peratus menggunakannya. – AFP

Comments